CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 577|Reply: 6

Anjing Tembak Mati Tuan Ketika Keluar Memburu

[Copy link]
Post time 25-1-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Seekor anjing menembak dan membunuh seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu.


Menurut polis negeri Kansas, ketika kejadian, mangsa dan anjing berkenaan keluar untuk memburu.


Haiwan berkenaan memijak sepucuk senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah trak pikap.




SEORANG lelaki memburu bersama anjing peliharaannya. – AFP





Perbuatan itu menyebabkan raifal tersebut melepaskan tembakan lalu menembusi belakang mangsa di tempat duduk penumpang hadapan.


“Seekor anjing milik pemilik trak pikap itu memijak raifal yang dibawa, menyebabkan tembakan dilepaskan. Tembakan  mengenai penumpang tersebut dengan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


“Siasatan masih berjalan tetapi siasatan awal mendapati kes ini berkaitan dengan kemalangan semasa memburu,” kata Pejabat Syerif Daerah Summer dalam satu kenyataan.


Polis tidak mendedahkan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia merupakan pemilik anjing tersebut.


Kemalangan melibatkan senjata api menjadi perkara biasa di AS. Negara itu memiliki lebih banyak senjata api berbanding penduduknya. Menurut data  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lebih 500 orang meninggal dunia dalam kemalangan senjata api dalam tahun 2021.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 12:10 PM | Show all posts
Cerdik plak anjing tu boleh guna senapang.. kalau TERR tu bolehla caya.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:13 PM | Show all posts
tp mcm semudah itu utk trigger ke? biasa memburu pki senapang patah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:22 PM | Show all posts
mejaputih replied at 25-1-2023 12:13 PM
tp mcm semudah itu utk trigger ke? biasa memburu pki senapang patah kan?

mungkin tuan senapang tu tertarik 'hammer'  yg ada kat belakang setiap senjata api....
bila terhempas...atau terketuk...automatik hammer tu tertrigger....


itu lah Ajal....dtg dlm berbagai cara....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:24 PM | Show all posts
ctaz replied at 25-1-2023 12:22 PM
mungkin tuan senapang tu tertarik 'hammer'  yg ada kat belakang setiap senjata api....
bila terhem ...

itu la dgn cara yg tidak disangka...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:28 PM | Show all posts
dia dah masukkan peluru kedalam senapang dan bawa dalam kereta... ada kemungkinanlah senapang itu meletuslah bila ada kesilapan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara yang membenarkan penggunaan pistol, dan penuh kisah macam ni (selain school shooting). Itupun masih ramai tak setuju to enforce gun control.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063816 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list