Sejenis snek yang dipopularkan menerusi aplikasi TikTok telah menyebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.
Digelar 'dragon's breath' kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan, makanan yang dipanggil chiki ngebul atau chikibulis oleh penduduk tempatan itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat. “Nitrogen cecair (boleh mencapai suhu) -190°C. Jadi jika terkena kulit, ia boleh menyebabkan radang atau melecur. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan dan penghadaman jika terhidu dan ditelan (dalam jumlah yang banyak)," kata Dr Anas Ma’ruf, pengarah kesihatan alam sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia
Kementeriannya telah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk meningkatkan pemantauan dan menggesa ibu bapa dan guru supaya berwaspada. Kedai makanan penjaja jalanan tidak digalakkan menjual makanan ringan itu, lapor beberapa saluran berita tempatan. Di Jawa Barat, sekurang-kurangnya 28 orang kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun mengalami keracunan makanan atau kerosakan organ dalaman selepas memakan chiki ngebul sejak November 2022, lapor media Coconuts Jakarta. Dalam responsnya, Timbalan Gabenor Jawa Barat mengumumkan larangan ke atas chiki ngebul pada Khamis lalu (12 Jan), lapor Kompas. 'Dragon's breath' mendapat perhatian selepas beberapa muat naik di TikTok, dengan beberapa video tular yang menunjukkan asap keluar dari hidung dan mulut kanak-kanak yang memakannya. Hashtag #dragonsbreath di TikTok telah mengumpulkan sejumlah 205 juta tontonan. Sumber: AWANI
|
dua_chzy replied at 23-1-2023 08:10 PM
Kat Malaysia pun ada chiki ngebul ni. Tapi takda la bodo2 jual jajan murahan letak liquid nitrogen m ...
makita replied at 23-1-2023 12:42 PM
Ye penah ngetop kan dulu kat sini kejap..berasap2 mulot.
dua_chzy replied at 24-1-2023 12:12 AM
Iya. Tapi takda la takat jual gula2, cereal letak liquid nitrogen di Malaysia ni. Macam berjenis j ...
ADVERTISEMENT