Pertengkaran antara ahli keluarga dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur berakhir dengan tragedi selepas sebuah Mercedes Benz A-200 dirosakkan sepasang kekasih. Difahamkan, kereta milik mangsa diletakkan di hadapan rumahnya pada Jumaat (20 Januari) sebelum mendapati keempat-empat tayar dibocorkan selain dua lampu depan pecah dan keseluruhan bahagian kenderaan tersebut dicalarkan, keesokannya.
"Siasatan awal yang dijalankan mendapati kes berpunca daripada tindakan mangsa yang memarahi kedua-dua suspek sebelum kejadian. "Tidak puas hati kerana dimarahi akibat mabuk dan membuat bising, suspek bertindak merosakkan kereta milik mangsa," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. Tambahnya, kedua-dua suspek berusia lingkungan 45 tahun itu kemudian diberkas pada Ahad.
"Serbuan dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang kira-kira pukul 11 malam itu turut merampas kereta yang dipercayai digunakan suspek. "Selain itu turut dirampas adalah objek yang digunakan oleh suspek untuk melakukan perbuatan khianat iaitu pemutar skru dan kunci kereta," katanya. Menurutnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis benzodiazepine. "Semakan dijalankan mendapati suspek lelaki berkerja sebagai mekanik kereta di Cheras dan mempunyai tiga rekod lampau jenayah manakala suspek wanita yang tidak bekerja mempunyai satu rekod lampau jenayah. "Kedua-dua suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: The Star/Majoriti
|
cmf_premierleag: Lately byk gak news lahanat ps ...
systemstono replied at 23-1-2023 06:49 PM
Electric Kitchen Cabinets Tonosystems is your ultimate source for high quality products at affordabl ...
ADVERTISEMENT