View: 1190|Reply: 9
|
Jahanam Kereta Dikerjakan Pasangan Kekasih Mabuk Tak Puas Hati Ditegur Buat Bising
[Copy link]
|
|
Pertengkaran antara ahli keluarga dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur berakhir dengan tragedi selepas sebuah Mercedes Benz A-200 dirosakkan sepasang kekasih.
Difahamkan, kereta milik mangsa diletakkan di hadapan rumahnya pada Jumaat (20 Januari) sebelum mendapati keempat-empat tayar dibocorkan selain dua lampu depan pecah dan keseluruhan bahagian kenderaan tersebut dicalarkan, keesokannya.
 Gambar hiasan
"Siasatan awal yang dijalankan mendapati kes berpunca daripada tindakan mangsa yang memarahi kedua-dua suspek sebelum kejadian.
"Tidak puas hati kerana dimarahi akibat mabuk dan membuat bising, suspek bertindak merosakkan kereta milik mangsa," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Tambahnya, kedua-dua suspek berusia lingkungan 45 tahun itu kemudian diberkas pada Ahad.
"Serbuan dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang kira-kira pukul 11 malam itu turut merampas kereta yang dipercayai digunakan suspek.
"Selain itu turut dirampas adalah objek yang digunakan oleh suspek untuk melakukan perbuatan khianat iaitu pemutar skru dan kunci kereta," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis benzodiazepine.
"Semakan dijalankan mendapati suspek lelaki berkerja sebagai mekanik kereta di Cheras dan mempunyai tiga rekod lampau jenayah manakala suspek wanita yang tidak bekerja mempunyai satu rekod lampau jenayah.
"Kedua-dua suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: The Star/Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Lately byk gak news lahanat psl pandan indah.
Mula2 kes keter kene bom
Pastu kes laki mengamok dgn parang
Skang kes family gaduh smpi rosak kereta
Apa ke halnya area ni? Kwsn kongsi gelap ke hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Electric Kitchen Cabinets Tonosystems is your ultimate source for high quality products at affordable prices. Wide selection of lift up systems at affordable prices. We strive to deliver your ordered materials within 8 -10 days from the day of ordering.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag: Lately byk gak news lahanat ps ... kannn aku pn perasan |
|
|
|
|
|
|
|
dulu mmg teruk...pas tu ok..now byk pulak hal..biasa lah zaman meleset gini..semua naik angin..tadi nasi lemak aku rider rembat 4 bungkus..dari 5-10 min..know2 delivered..takdo ard the corner ..anytime now bagai...call jauh skali...terpaksa order lagi sekali..mangkuk hayun btoi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul benda2 mcm ni skrg ni. Berpuluh2 tred pasal escort girl. Dubai plak tu, kalau malaysia ok la jugak. Ni jauh bebenorr
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tembak mampus tak dua2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
bkn kt situ jer.. tmpt aku nie pn.. klau x mabuk2.. parang2.. mati.. x sah.. makin takut aku.. skrg klau kt jln raya.. kete nk potong aku.. lantak la.. pegi la ko.. x berani dh aku nk straight jer.. kang x pasal2 dia tgu ngn geng2 dia.. nauzubillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
igt kejadian di luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mereput dalam penjara. Dahlah mabuk, buat bising kat depan rumah orang pulak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|