Tular sebuah klip di Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menahan rasa sedih ketika menghadiri perkahwinan bekas teman lelaki bersama kakak kandungnya sendiri. Memetik portal Wolipop, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @jodohnya57k.
Wanita berbaju ungu itu mengaku tidak dapat menahan rasa sedih melihat detik-detik ijab kabul dan majlis perkahwinan tersebut. “Kejutan awal tahun 2023, teman lelaki saya menjadi suami kepada kakak kandung saya sendiri. Saya tidak membenci, saya tidak marah dan tidak menyimpan dendam tetapi saya mahu menjerit di tengah-tengah orang ramai. “Saya belum bersedia dan saya tidak cukup kuat untuk menerima kenyataan pahit ini, saya lemah,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Dalam video berdurasi 13 saat itu, wanita berkenaan mengatakan bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya yang memahami perasaannya. Dia masih berasa sakit hati dan tidak mahu bersedih sendirian. Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Sumber: Kosmo
|
jas7512 replied at 21-1-2023 12:05 AM
The best revenge is to lead a happy life....persetan sama org lain ..baiki hubungan dgn Tuhab..be co ...
ADVERTISEMENT