CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak PM Kita Kena Buli Di Jalan Raya

20-1-2023 07:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6805| Komen: 86

Description: Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, hari ini.IGKejadian itu dikongsi anak keempat Anwar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri ...
Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, hari ini.


IG


Kejadian itu dikongsi anak keempat Anwar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menerusi ciapan dan rakaman video di Twitter.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas melalui satu plaza tol dan ketika itu, beliau menaiki kereta bersama seorang anak berusia dua tahun.



"Saya jarang berkongsi hantaran tetapi hari ini saya menjadi mangsa buli jalan raya. Pemandu sebuah kereta beberapa kali menekan brek di lorong laju.

"Sangat berbahaya dan ada anak berusia dua tahun bersama saya. Pemandu wanita itu berada di lorong berkenaan selama kira-kira satu minit sebelum dia bertukar ke lorong lain," ciapnya.




Katanya, pemandu itu turut membunyikan hon ke arah kenderaannya.

Nurul Ilham berkata, pada mulanya beliau melihat kereta itu berhampiran plaza tol dan pemandu itu secara tiba-tiba membunyikan hon ke arah kenderaannya untuk menuju ke lorong Touch N Go (TnG).


Twitter

"Saya memberi isyarat untuk ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat daripadanya untuk ke kanan (ke arah lorong Smart Tag)," katanya yang beranggapan tindakannya itu menyebabkan wanita itu marah.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 20-1-2023 08:15 PM
Kereta hijau ni pun dah tahu tu adik nurul izzah janganlah buli. Kalau akak, orang buli kereta akak, rela masuk simpang lain dari hadap driver bodoh dan merbahayakan.

Quote redz85 20-1-2023 08:17 PM
tunggu aje.. mungkin nanti dia minta maaf.. selepas tahu awak anak PM..

Quote Skuau 20-1-2023 08:27 PM
siap kaw..dia ngadu ngn bapa tuuuu.
Quote she 20-1-2023 08:36 PM
Macik tingin nak tahu perasaan dreba kete ijo tu
Mohon sesape update kan
Quote mikasa 20-1-2023 08:37 PM
Kecut perut driver keta hijau...

Bukan sebb anak PM pun ramai sekarang yabg kongsi video road bully sebenar...kalau yang viral teruk memang sekejap laa kena tangkap...bila kes anak PM ni..
Tak sempat makan malam dah kena cekup kot
Quote hareeeesah 20-1-2023 08:46 PM
Kalau iols dh switch lane dh.. kalau dia ikut tu betul road bully report terus bagi bukti sekali
Quote mojarean_X 20-1-2023 08:47 PM
Iols sorang je ke yg x nmpk apa2 yg pelik dlm bideo tu?
Quote Highflyer19 20-1-2023 08:50 PM
Bully ke road hogger…
Quote imransulaiman 20-1-2023 08:54 PM
Dia tak sempat rakam dari awal...so bukti tak kukuh. Tapi kalau betul kereta hijau tu ada membuli, memang kecut perut lah di sekarang ni.
Kereta anak Daddy PM tu takde dashcam ke? Kereta aku pun takde... Niat nak pasang dah lama...tapi belum terlaksana lagi. Masih berfikir nak model yang mana satu..(semestinya yang mampu milik)
Quote kalchi 20-1-2023 09:08 PM
Brani dia follow je kete tu wlpn untk seminit. Kalau i tuka dah sbb bahaya memandu belakang kete suka tekan break ni, tak kisahla dia sengaja atau tak buat mcmtu pada kete ilham ni.
Quote Thunderclouds 20-1-2023 09:16 PM
Bak zikir aku kt tok laki. TokSah layan.
Kita betul,dia salah sekalipn bg ja dia kemenangan.
Buat semak otak driver mcm ni.
Aku nk selamat smpai ke destinasi.
Bukan hadap kelaku huduh road bully.
Quote Lampuled 21-1-2023 01:37 AM
Klau i dh slow kan keta and jaga jarak atau pun tukar lane je. Tak kuasa nk kejar sbb kalau apa2 jadi org belakang yg salah.
Quote kotakominami 21-1-2023 02:13 AM
Aku paling lemah kalau depan asyik brek.....tukar lane ajer...ko layan lebih2 buat ape..ntah2 org tu dh stanby kad oku..
Quote stingerpressor 21-1-2023 03:18 AM
Buli jalanan: Polis gesa pemandu Iriz hijau tampil
Astro Awani
Januari 20, 2023 23:50 MYT
Buli jalanan: Polis gesa pemandu Iriz hijau tampil
Terdahulu media melaporkan, anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham dalam kemas kini di laman Twitter mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya. - Foto/Video Facebook JSPT
KUALA LUMPUR: Polis menggesa pemandu kereta jenis Proton Iriz, yang dipercayai berkaitan kes 'buli jalanan' melibatkan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham, supaya tampil bagi membantu siasatan.......


Cepat tangkas kerja pihak berkuasa kita......

Tahniah......


Kahkahkahkahkah
Quote Tinot7 21-1-2023 03:50 AM
Bideo tak jelas. Kalau keta depan bermasalah, awat ngekor lagi? Bideo ni rakam pakai tepon ka? Handsfree ka sambil mandu?
Quote stingerpressor 21-1-2023 05:04 AM
Edited by stingerpressor at 21-1-2023 05:05 AM
Tinot7 replied at 21-1-2023 03:50 AM
Bideo tak jelas. Kalau keta depan bermasalah, awat ngekor lagi? Bideo ni rakam pakai tepon ka? Hands ...


Sebab iteww dia juga diminta utk datang beri statements...aku pasti...

Pihak berkuasa tahu ler jalankheun tugas....

Ko dok enjoy toll free kerajaan dah bagi...semalam dan hari ini udah ler....

Sebab iteww pompuan dianugerahkheun dgn dua mulut....kecoh benda kecik....kalo masih tak puas hati , ko buat career switch ler...jadi aunty beruniform..

Kang aku sebut ko bodoh  ...ngadu dgn XIMak....tapi iye...memang ko bodoh

Kahkahkahkahkahkahkah

Quote stingerpressor 21-1-2023 05:07 AM
redz85 replied at 20-1-2023 08:17 PM
tunggu aje.. mungkin nanti dia minta maaf.. selepas tahu awak anak PM..

Jgn jadi batu ronson ler.....

Dok spore ko iteww elok elok...urusan kita disini jgn kaypoh nak mampos....

Boleh kheunz?
Quote rogayahtop 21-1-2023 06:08 AM
70mai yg paling murah tu 180, nak cantik hantar la kedai pasang rm70.

Bertoalak ansur di jalanraya je senang  Akak lg suka mengalah psl koser nork penat2 keje lepastu nak stress2 hadap jem.
Kalau keter hijau tu ada dashcam dia pulak reply lepas tu bergadoh2 kat soc med semata2 psl attitude memasing kat jalan. drive je lah elok2.
Quote slyfynx 21-1-2023 07:15 AM
BTW, JPJ bukan leh saman ke kalau ade bukti gune phone samasa memandu.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062432 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top