Seorang lelaki di Thailand menggunakan kicap ketika berpura-pura membunuh diri dengan harapan untuk memenangi semula hati isteri dan anak lelakinya, lapor laman berita Thaiger semalam. Watchara, 50, tinggal berasingan dengan isterinya, Pla yang berusia 40 tahun selepas menghadapi konflik rumah tangga.
Dia tinggal di wilayah Chumphon manakala wanita itu menetap di Pattaya. Pada Isnin lalu, Watchara pergi ke Pattaya dengan harapan untuk memenangi semula hati Pla dan anak lelaki mereka namun, kedua-duanya tiada di rumah. Watchara kemudian menghubungi Pla, tetapi dia enggan kembali hidup bersamanya. Lelaki itu kemudian menuang kicap dan meletaknya ke bahagian leher untuk merakam swafoto. Gambar itu kemudian dihantar kepada anak lelakinya yang memaklumkannya kepada Pla.
Pla melaporkan kejadian itu kepada polis. Polis dan paramedik tiba di kediaman Watchara dan lelaki itu mengakui bahawa dia telah memalsukan kejadian itu. Polis kemudian memberi amaran kepada Watchara supaya tidak melakukan perkara itu lagi. Sumber: Kosmo
|
intan244 replied at 20-1-2023 09:28 PM
kicap soy sauce ke tomato ketchup?
intan244 replied at 20-1-2023 09:28 PM
kicap soy sauce ke tomato ketchup?
Decaffeinated replied at 20-1-2023 10:45 PM
Bingo!
Wartawan kantoi fail english translate 'ketchup' jadi 'kicap'.
_blackbird replied at 21-1-2023 11:28 AM
aku tertarik dengan nama bini dia, pla. nama bini dia ikan ke?
tom yam pla = tom yam ikan
pla ra = i ...
Decaffeinated replied at 21-1-2023 06:14 AM
Ha ha... aku cuba cari kot ada panggilan bini dia dalam screenshot tu tapi takde. It's quite commo ...
_blackbird replied at 21-1-2023 02:26 PM
mmg common ya kat thai bg nama haiwan kat manusia. hihihi. ku harap nama sebenar dia bukan pla kap ...
ADVERTISEMENT