CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jacinda Ardern Dah Tak Larat, New Zealand Mula Cari Pengganti PM

20-1-2023 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2849| Komen: 29

Description: Peletakan jawatan secara mengejut Jacinda Ardern mencetus desakan untuk New Zealand memilih perdana menteri Maori pertamanya, ketika sekumpulan kecil calon muncul untuk jawatan tertinggi itu.Ardern, t ...
Peletakan jawatan secara mengejut Jacinda Ardern mencetus desakan untuk New Zealand memilih perdana menteri Maori pertamanya, ketika sekumpulan kecil calon muncul untuk jawatan tertinggi itu.

Ardern, tokoh global untuk politik progresif, mengejutkan New Zealand semalam dengan mengumumkan keluar mengejut daripada jawatan, kurang tiga tahun selepas memperoleh kemenangan besar untuk penggal kedua dalam pilihan raya.

Arden, 42 yang telah mengetuai negara itu melalui bencana alam, wabak COVID-19 dan serangan pengganas yang paling teruk berkata, beliau tidak lagi mempunyai "tenaga yang mencukupi".


CNN

Ardern meletakkan jawatan tanpa menamakan pengganti yang jelas dan Parti Buruh yang memerintah kini berusaha untuk mencari pengganti.

Ahli Parlimen buruh akan cuba memilih perdana menteri seterusnya Ahad ini, dan calon yang dipilih perlu menerima dua pertiga undi.


Jika itu tidak berlaku, ia akan menjadi pertandingan berlarutan membabitkan ahli parti berpangkat dan kesatuan sekerja.

Chris Hipkins, 44, adalah calon terbaik selepas timbalan Ardern, Grant Robertson turut menarik diri dari dicalonkan.

Nama lain masih disebut termasuk Menteri Kehakiman Kiri Allan, salah seorang Ahli Parlimen Kanan Maori, dan Menteri Imigresen Michael Wood.

Setakat ini, tidak ada seorang pun daripada ketiga-tiga mereka mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan.

Allan, bekas peguam komersial yang menyertai Parlimen pada 2017, telah disebut-sebut sebagai perdana menteri Maori pertama New Zealand.

Beliau terpaksa mengambil cuti dari Parlimen pada April 2021 selepas disahkan menghidap kanser serviks tahap 3 tetapi kembali bekerja hanya tiga bulan kemudian.

Seramai 15 ahli Kaukus Maori dijangka mempunyai suara signifikan dalam memilih pemimpin seterusnya.

Kira-kira 17 peratus daripada lima juta penduduk New Zealand dikenal pasti sebagai Maori dalam banci terbaru negara itu.

"Jelas sekali kami ingin satu hari nanti ada perdana menteri Maori," kata menteri Buruh, Kelvin Davis.

Sementara itu, Willie Jackson, bekas pengerusi bersama kaukus Maori, berkata adalah amat penting untuk mereka terbabit dalam perbincangan itu.

"Kami bercakap mengenai perdana menteri negara kami, jadi kami mahu memainkan peranan," katanya.

Te Pati Maori, juga dikenali sebagai Parti Maori, bertanding dengan pengundi Maori yang dikhaskan turut bersetuju sudah tiba masanya seorang perdana menteri berketurunan Maori memimpin New Zealand.

"Jika sebaliknya, ia hanya akan membawa Aotearoa (New Zealand) mundur selepas Jacinda Ardern," kata ketua bersama Debbie Ngarewa-Packer dan Rawiri Waititi dalam satu kenyataan.

Penganalisis politik, Josie Pagani telah menyifatkan Hipkins sebagai "bijak, disenangi, tegar dan berkebolehan."

Selain itu, Wood, 42, adalah calon ketiga yang muncul setakat ini pernah bertanggungjawab untuk menaikkan gaji minimum New Zealand dan mempunyai sokongan besar dalam pergerakan kesatuan.

Maklumat hasil bancian yang dikeluarkan sebelum pengumuman Ardern, menunjukkan kerajaannya akan bergelut untuk memegang kuasa.

Ardern berkata, keputusannya untuk berundur diwarnai dengan kesedihan tetapi beliau telah "tidur nyenyak" buat kali pertama dalam tempoh masa yang lama.

Pengulas politik telah bersama-sama mengutuk penyalahgunaan media sosial yang ditujukan kepada Ardern sebelum peletakan jawatannya.

Bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark berkata Ardern telah menghadapi "tahap kebencian" yang belum pernah berlaku di negara itu.

Sebelum itu, sebuah pub New Zealand memohon maaf hari ini selepas mereka bentuk poster "Mengucapkan selamat tinggal kepada Jacinda" dengan imej yang ganas.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 20-1-2023 07:22 PM
Betul ke sbb dadah? puak maori mmg nak dia letak jawatan.but why???
Quote CiliPadiSedap 20-1-2023 08:17 PM
alesandra: Betul ke sbb dadah? puak maori ...


Dia isap dadah ke? Nape x check urine masa angkat sumpah? Atau ceremony?

Quote sharlenetexas 20-1-2023 08:56 PM
alesandra replied at 20-1-2023 07:22 PM
Betul ke sbb dadah? puak maori mmg nak dia letak jawatan.but why???

Tu sebab alasan tak larat?


Quote alesandra 20-1-2023 10:13 PM
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 08:17 PM
Dia isap dadah ke? Nape x check urine masa angkat sumpah? Atau ceremony?

Tak pasal je  urine test masa angkat sumpah.
Quote CiliPadiSedap 20-1-2023 10:17 PM
alesandra replied at 20-1-2023 10:13 PM
Tak pasal je  urine test masa angkat sumpah.

sorry maksud kaka sebelum
Quote green~tea 20-1-2023 10:51 PM
Maori new zealand ni laa puak2 terpaling claimant as aborigines

Pemalas kerja... nak elaun je makan tido berak semua nak kena tanggung

Sama level rohingyuck pemalas nya
Quote Atata 20-1-2023 11:17 PM
Kesian dia ni byk kena tanya soalan2 merepek selama dia jd pm. Ada yg tanya pasal conception anak dia, yang mungkin tjadi waktu election campaign. Means dia ML time2 sibuk dengan kempen piliharaya. Ish so what. wartawan pun tak perlu lah up question2 mcm tu, soksek2 kat forum korang je tak cukup ke
Quote matchstick 20-1-2023 11:18 PM
Baru umur 42 dh tak larat..yg kt sini umur 97 pun gigih bertanding lagi
Quote namieamuro 21-1-2023 12:01 AM
green~tea replied at 20-1-2023 10:51 PM
Maori new zealand ni laa puak2 terpaling claimant as aborigines

Pemalas kerja... nak elaun je maka ...

untong la dpt elaun tika membiawak
Quote rogayahtop 21-1-2023 06:15 AM
kesian tak sempat nak haramkan rokok kat nz. tp nz tu drug abuse pun teruk jugak, dah tentu2 tak legal tp bersepah2 penagih. samala mcm malaysia pun.. masa coti2 g kelate  gi rumah saing dulu2 ladang tembakau, mmg takda nyamuk langsumg rumahnya seronok anak2 tidor semalam jugak dah kena paksa.
Quote primarikey 21-1-2023 06:20 AM
matchstick replied at 20-1-2023 11:18 PM
Baru umur 42 dh tak larat..yg kt sini umur 97 pun gigih bertanding lagi

Kanser serviks tu kot yg buat dia x larat
Quote stingerpressor 21-1-2023 06:28 AM
green~tea replied at 20-1-2023 10:51 PM
Maori new zealand ni laa puak2 terpaling claimant as aborigines

Pemalas kerja... nak elaun je maka ...


Sikit lebih kurang je dgn mayu kita disini...jgn nak perasanz ler..tongkat kehulu kehilir



Quote najib888 21-1-2023 07:03 AM
Meanwhile in Tanah Air....
Quote spankee_fili 21-1-2023 07:19 AM
primarikey replied at 21-1-2023 06:20 AM
Kanser serviks tu kot yg buat dia x larat

Hat kanser tu ex lawyer, Kiri Allan.. iols pun dua tiga kali baca situ baru paham sapa kanser
Btw google Kiri Allan ni, lesbo rupanya.. married lepas nz legalized same-sex marriage
Quote kepompong 21-1-2023 08:11 AM
i gugel Kiri yg gambar kecik sekali imbas ada iras2 azalina
Quote Travelo 21-1-2023 10:40 AM
baguslah ada tanggunjawab letak jawatan...jangan jadi mcm rakyat malaysia warga indon tu, muka tak malu sampai sekarang
Quote Rayna90 21-1-2023 11:36 AM
Dia bukan tak larat sebab dadah. Dia letih dengan mentaliti makhluk dekat NZ ni.

Dengan geng antivac tak habis nak cerca dia, geng Maori pemalas Keja tapi tiap tahun beranak sebab nak harap duit work and income, also gengster mendunia polis pun tak boleh buat apa.
Quote bakingsoda 21-1-2023 11:48 AM
MP Aucklang mungkin dah cukup jumeloh, lebih dr cukup SD utk dilantik PM baru
Quote Kitty_catz 21-1-2023 11:49 AM
ok la she berundur dgn rela hati

kat mesia ni,  kes mahkamah sana sini pun gigih buat election bagai, then lantik diri jadi king maker, president seumo idopp.. fefiling kulit tebal 5km

kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.154030 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top