CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 'Mandi' Kicap, Pura-pura Bunuh Diri Untuk Beli Jiwa Bini

20-1-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1589| Komen: 22

Description: Seorang lelaki di Thailand menggunakan kicap ketika berpura-pura membunuh diri dengan harapan untuk memenangi semula hati isteri dan anak lelakinya, lapor laman berita Thaiger semalam.Watchara, 50, ti ...
Seorang lelaki di Thailand menggunakan kicap ketika berpura-pura membunuh diri dengan harapan untuk memenangi semula hati isteri dan anak lelakinya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Watchara, 50, tinggal berasingan dengan isterinya, Pla yang berusia 40 tahun selepas menghadapi konflik rumah tangga. 



Watchara merakam swafoto itu untuk memenangi hati isteri dan anak lelakinya. - Thaiger

Dia tinggal di wilayah Chumphon manakala wanita itu menetap di Pattaya.

Pada Isnin lalu, Watchara pergi ke Pattaya dengan harapan untuk memenangi semula hati Pla dan anak lelaki mereka namun, kedua-duanya tiada di rumah.

Watchara kemudian menghubungi Pla, tetapi dia enggan kembali hidup bersamanya.

Lelaki itu kemudian menuang kicap dan meletaknya ke bahagian leher untuk merakam swafoto. Gambar itu kemudian dihantar kepada anak lelakinya yang memaklumkannya kepada Pla.


Pla melaporkan kejadian itu kepada polis. Polis dan paramedik tiba di kediaman Watchara dan lelaki itu mengakui bahawa dia telah memalsukan kejadian itu.

Polis kemudian memberi amaran kepada Watchara supaya tidak melakukan perkara itu lagi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 20-1-2023 09:28 PM
kicap soy sauce ke tomato ketchup?
Quote uda 20-1-2023 09:52 PM
intan244 replied at 20-1-2023 09:28 PM
kicap soy sauce ke tomato ketchup?

Ketchup. English panggil ketchup untuk tomato sauce.

Quote Decaffeinated 20-1-2023 10:45 PM
intan244 replied at 20-1-2023 09:28 PM
kicap soy sauce ke tomato ketchup?

Bingo!

Wartawan kantoi fail english translate 'ketchup' jadi 'kicap'.



Quote green~tea 20-1-2023 10:46 PM
Decaffeinated replied at 20-1-2023 10:45 PM
Bingo!

Wartawan kantoi fail english translate 'ketchup' jadi 'kicap'.

Wartawan pemalas nak proof read...


Aku mcm duk fikir pehal amek kicap..  bayangkan darah oxidized ke cane
Quote -Suri- 20-1-2023 11:16 PM
Ler…sos rupanya. Yang reporter pun
Quote slyfynx 20-1-2023 11:26 PM
Tau la dalam english ketchup, x yah la translate kicap.
Adui la.
Tau copy paste je.
Quote CiliPadiSedap 21-1-2023 12:17 AM
apabila friska menjadi wartawan ketchup jadi kicap. pfffttt
Quote dua_chzy 21-1-2023 12:19 AM
Ketchup jadik kicap, choiiiiii mati2 aku berfikir apa kejadah berlakon bunuh diri bubuh kicap!
Quote liyamariska 21-1-2023 03:06 AM
kicap dgn ketchup bunyi lebih kurang sama cuma 2 benda yg berbeza...

Quote BartholomewKuma 21-1-2023 03:43 AM
Aku dah kata wartawan cari ni semua bodo bodo belaka. @CARI-MAL hang sekolah takat derjah berapa dulu? Kahkahkah kepada @admin6 laguni ka tarap otak hang punya wartawan? Haha
Quote matamata 21-1-2023 08:14 AM
Bukan saja wartawan... Level2 editor Cari tu... Hahaha...
LOW CLASS
Quote _kelly 21-1-2023 08:22 AM
ntah la dikk, basic english je ni..malukokram
Quote airfilterkotor 21-1-2023 09:58 AM
Mungkin wartawan gossip medsos dunia/tempatan kena transfer ke bahagian berita mutakhir.

Ternyata jurang beda wartawan dulu dengan sekarang.
Quote Decaffeinated 21-1-2023 10:11 AM
Dua benda ni omputih dgn melayu jadi terbalik

Tomato ketchup ---> sos tomato
Soy sauce ---> kicap soya

Harap wartawan ni tak kerja McD jangan nanti orang minta ketchup dia bagi kicap pula
Quote _blackbird 21-1-2023 11:28 AM
aku tertarik dengan nama bini dia, pla. nama bini dia ikan ke?
tom yam pla = tom yam ikan
pla ra = ikan pekasam
nam pla = kicap ikan (sos ikan)
Quote Kitty_catz 21-1-2023 11:51 AM
ketchup la bukan kicap tamin...
ini lah pentingnye english edukesyenn

sama kes ngan dak fompuan pork tu laaaaa
Quote Decaffeinated 21-1-2023 02:14 PM
_blackbird replied at 21-1-2023 11:28 AM
aku tertarik dengan nama bini dia, pla. nama bini dia ikan ke?
tom yam pla = tom yam ikan
pla ra = i ...

Ha ha... aku cuba cari kot ada panggilan bini dia dalam screenshot tu tapi takde. It's quite common siam ni guna nama gelaran macam burung, tikus, kayu etc. tapi ikan ni first time dengar but I'm not surprised.
Quote _blackbird 21-1-2023 02:26 PM
Decaffeinated replied at 21-1-2023 06:14 AM
Ha ha... aku cuba cari kot ada panggilan bini dia dalam screenshot tu tapi takde. It's quite commo ...

mmg common ya kat thai bg nama haiwan kat manusia. hihihi. ku harap nama sebenar dia bukan pla kapong. iaitu ikan siakap
Quote Decaffeinated 21-1-2023 02:37 PM
_blackbird replied at 21-1-2023 02:26 PM
mmg common ya kat thai bg nama haiwan kat manusia. hihihi. ku harap nama sebenar dia bukan pla kap ...

Yup but it's no big deal to them.

Macam English surname juga kot ada David Wood, Bill Gates, Ellon Musk bezanya Thai guna these words untuk nick name. Walau pun disebut 'nick name' tapi semua orang macam wajib ada termasuk lah royalties.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070421 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top