KUALA TERENGGANU – Biarpun keadaan cuaca di negeri ini semakin baik, harga hasil laut seperti ikan, sotong dan udang masih lagi dijual mahal. Tinjauan di beberapa pasar basah di bandar raya ini mendapati, harga sotong mencecah RM45 sekilogram (kg), ikan kembung (RM20/kg), ikan selar (RM16-RM20/kg), ikan kerisi (RM14-RM16/kg), ikan sardin (RM14/kg) dan ikan tongkol (RM14/kg).
Seorang pengguna, Fauzi Embong, 48, berkata, dia terpaksa mengehadkan pembelian ikan dan hasil laut kerana harganya yang masih melambung. Menurutnya, harga masih tidak turun walaupun banjir besar sudah lama berakhir pada hujung Disember tahun lalu. “Dahulu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pernah berjanji untuk membantu bawa bekalan ikan dari Pantai Barat bagi menstabilkan harga di negeri ini yang terjejas akibat Monsun Timur Laut. “Begitupun ia tidak berlaku, harga beberapa jenis ikan dan hasil laut masih lagi mahal,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Seorang lagi pengguna, Noraini Rahman, 43, memberitahu, dia sekeluarga telah beralih kepada ikan sejuk beku yang dijual di pasar raya besar kerana harganya lebih murah. “Kami enam beranak tidak mampu untuk makan hasil laut segar pada masa ini. “Ikan-ikan marhaen seperti sardin, selayang dan kerisi pun sudah mahal dan hanya mampu dibeli sekali-sekala,” katanya. Sementara itu, seorang peniaga, Hisham Mohamad, 33, menjelaskan, harga hasil laut di Terengganu masih mahal kerana tidak ramai nelayan turun ke laut. “Kebanyakan mereka biasanya masih bercuti ekoran musim tengkujuh masih berlangsung dengan ada harinya laut masih bergelora. “Kami menjangkakan mereka akan kembali turun ke laut selepas perayaan Chap Goh Mei pada awal bulan depan, sekali gus mampu menstabilkan semula bekalan hasil laut dan harganya,” kata Hisham. -CARI Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 20-1-2023 10:01 AM
Mana ada mahal pun..... mesti tersalah shopping kat location yang tourist attractions mmg le rega me ...
Atata replied at 20-1-2023 11:59 AM
2 minggu sekali balik Terengganu? Uish tak penat ke Berapa jam one way?
Atata replied at 20-1-2023 11:59 AM
2 minggu sekali balik Terengganu? Uish tak penat ke Berapa jam one way?
green~tea replied at 20-1-2023 12:09 PM
5 hours one way (driving).. tp iols bukan sorang2, dengan family lah.. my brother pun ada sbb weols ...
green~tea replied at 20-1-2023 12:14 PM
suka singgah dekat kedai lepas exit temerloh tu utk topup stock ikan patin & talapia merah sungai ...
Atata replied at 20-1-2023 12:20 PM
Sorry ni just nak joke tp kat forom ni org kelantan salu kena ejek sbb beli ayam all the way from ...
Atata replied at 20-1-2023 12:18 PM
Hahaha tq sistur begitu detail explanationnya sampai upload kereta. Kelakar sistur ni but i get yo ...
green~tea replied at 20-1-2023 12:23 PM
ada ikan i suka.. susah jumpa dekat KV and kalo ada pun effing red eyes...
kat terengganu ada ika ...
Atata replied at 20-1-2023 12:28 PM
Ikan yg mata merah2 ni mmg menyakitkan hati. Tapi kan, iols selalu wondering org yg selalu kongsi2 ...
Atata replied at 20-1-2023 12:18 PM
Hahaha tq sistur begitu detail explanationnya sampai upload kereta. Kelakar sistur ni but i get yo ...
green~tea replied at 20-1-2023 12:48 PM
eh lupa citer... i ni ada perodua axia jugak utk merempit selit2 jalan tun razak, beli groceries ( ...
ADVERTISEMENT