CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DJ Lin Masuk Hospital Lagi, Risau Petanda Awal Kanser Lepas Paha Berbonjol Macam Bola Golf

20-1-2023 05:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2063| Komen: 10

Pwnyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin sekali lagi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas paha kaki kanannya mengalami masalah bengkak secara tiba-tiba.

DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 47, berkata, bengkak tersebut pada awalnya tidak terasa sakit namun ia semakin membesar sebelum mula rasa sakit seperti bisa beberapa hari kemudian.



IG

"Beberapa hari lalu saya perasan bahagian paha kanan bengkak secara tiba-tiba tetapi kalau lihat secara kasar seperti tiada apa-apa berlaku... kalau letak tangan boleh rasa macam ada bonjolan sebesar buah kundang.

"Selepas dua tiga hari, ia semakin membesar macam bola golf dan mula rasa sakit berbisa. Kalau jalan macam rasa ada bola tersekat dekat paha. Memang sakit sampai saya demam.

"Saya ke klinik dan doktor bagi antibiotik tetapi bertambah sakit dan demam pun semakin teruk... saya pergi sekali lagi ke klinik sama dan kemudiannya doktor minta saya ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar pada malam Khamis.


Terdahulu, DJ Lin berkongsi video memperlihatkan dia sedang berada di wad hospital sebagai menjawab pertanyaan peminat apabila dia sudah beberapa hari tidak muncul di radio.

Pun begitu, DJ Lin menjelaskan masalah kesihatannya itu tiada kena mengena dengan punca dia dimasukkan ke hospital sebelum ini yang disebabkan sakit perut dan lemah badan.

Berkongsi lanjut mengenai keadaannya, DJ Lin yang juga pengurus besar Suria FM berkata, dia mula berfikiran buruk mengenai keadaannya itu sehingga menyangka ia petanda awal kanser.



Berada di wad sejak Selasa lalu, DJ Lin berkata, dia berkemungkinan terpaksa ditahan lebih lama ekoran masih mengalami demam teruk dan sakit kepala melampau selain doktor ingin memastikan benjolan tersebut surut sepenuhnya.

"Doktor dah buat pemeriksaan ultra bunyi dan mendapati kelenjar di bahagian paha saya bengkak membuatkan saya terasa sangat sakit. Sekarang ini doktor beri antibiotik yang kuat serta lakukan pemantauan selama beberapa hari lagi sehingga benjolan itu surut.

"Masa rasa ada bengkak dan benjolan di paha itu... saya mula fikir buruk, saya ini ada kanser ke apa. Tapi saya masih lagi berfikiran positif sebab doktor tak ada cakap apa-apa lagi," katanya lagi.

Meskipun berada di hospital, DJ Lin memberitahu bahawa dia masih lagi meneruskan kerja seperti biasa cuma tidak dapat menemani peminatnya di segmen Suria Cinta.

"Mintakan semua doakan saya, mudah mudahan tiada yang serius dan juga cepat sembuh dan hilang benjolan... bengkak pun surut supaya saya dapat kembali bekerja seperti sedia kala," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 20-1-2023 06:07 AM
Kesian. Semoga sembuh.
Quote imanjannah 20-1-2023 07:28 AM
moga cepat sembuh ye Dj Lin
Quote shernazz 20-1-2023 07:30 AM
Biasa la umo2 gini mmg kena hati2 lah...
Mcm2 singgah kan...
Gws
Quote Lavender_Violet 20-1-2023 10:33 AM
Kerap sakit DJ Lin ni
Kerja kuat sangat kot
Quote af_mania 20-1-2023 01:44 PM
Recently dalam 10 kali iols on suria cinta… 10 kali dj nya bkn dj lin. Iols tutup terus.
Dj2 yg backup dj lin ni semua nak guna trademark dj lin. Motep?
Quote af_mania 20-1-2023 01:44 PM
Anyway.. semoga cpt sembuh dj lin & kembali ke konti.
Quote fealefea 20-1-2023 01:51 PM
af_mania replied at 20-1-2023 01:44 PM
Recently dalam 10 kali iols on suria cinta… 10 kali dj nya bkn dj lin. Iols tutup terus.
Dj2 yg bac ...

ni la dia fans dj lin ye. i susah nk caya die menang penyampai radio popular. senduuu je kalau bukak benang.
Quote alieyrina 20-1-2023 03:03 PM
Anak kwn aku memg mula2 benjol kat paha..n sakit kat situ. hosp cek memg kanser.
Anak kwn aku antara kanak2 yg doktor dah stop treatment sbb dah tak boleh rawat lagi kansernya. Lupa nama kanser
Quote primarikey 20-1-2023 06:01 PM
alieyrina replied at 20-1-2023 03:03 PM
Anak kwn aku memg mula2 benjol kat paha..n sakit kat situ. hosp cek memg kanser.
Anak kwn aku antar ...

Kesiannya sis
Maksudnya menanti ajal je ke
Try la rwtn tradisional pulak
Tgk youtube dr nordin darus
Quote belacan_gurl 20-1-2023 07:02 PM
Ye...arwah mak aku...ada bonjol kat leher..Dan mmg seperti dijangka bonjol tu kanser...sedih sgt sbb sebulan sebelumnya doctor sahkan mak bebas dah dari kanser .. tetiba dia mai naik kat tengkuk

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050691 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top