Shila Amzah mengakui keputusannya untuk ‘meninggalkan’ perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya. Shila yang pernah berdepan ujian episode hitam dalam rumah tangga menganggap perkara sebenar yang berlaku dalam sebuah perkahwinan hanya diketahui oleh suami isteri sahaja.
“Satu benda yang perlu diingatkan kepada kita semua adalah dalam perkahwinan itu cuma suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Tidak kiralah rakan baik, atau ibu bapa. “Saya tak berpihak kepada mana-mana pihak, tapi segala komen yang dilemparkan itu amat membuatkan saya rasa sangat sedih. Sebab pada saya kita tak tahu apa yang terjadi. “Saya juga jenis yang sangat berterus terang. Tapi dalam masa yang sama saya sangat risau implikasi pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” ujarnya ketika disoal mengenai isu hangat tentang masalah rumah tangga masa kini.
|
Ctfantasi replied at 19-1-2023 09:09 PM
Meols setuju..lagu baru dia tu mcm bukan lagu. Mcm tengah mumbling jah..dgn mv angkat beban berat ...
ADVERTISEMENT