CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Wan Merayu Supaya Diberi Job, Tak Ada Duit Nak Bayar Hutang Dan Beli Ubat

19-1-2023 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10666| Komen: 121

Description: Tahun 2022 meninggalkan kenangan buruk buat pelakon veteran Mak Wan Latah apabila namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan sebelum ...
Tahun 2022 meninggalkan kenangan buruk buat pelakon veteran Mak Wan Latah apabila namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan sebelum mereka bercerai.


Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, turut terpalit dengan isu pentengkaran dengan bekas pembantunya sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Rentetan pelbagai kontroversi yang mencalar nama baiknya, Mak Wan mengakui situasi tersebut memberi kesan kepada kariernya sehingga dia terpaksa hidup dalam kesempitan memandangkan tiada lagi tawaran berlakon.


Foto: mStar

Apa lebih menyedihkan kata Mak Wan, dia juga sering menerima mesej daripada pelbagai pihak yang mahu menarik balik barang-barang yang masih belum dilunaskan kerana tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

"Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli.


"Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang.

"Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar... sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami," katanya kepada mStar ketika ditemui di kediamannya di Kepong pada Khamis.


Foto: mStar

Dalam pada itu, Mak Wan berkata, dia juga terpaksa berjimat kerana masih perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan terhadap seorang wanita yang masih berjalan.

Mak Wan juga memberitahu dia juga perlu membeli ubat-ubatan bagi penyakit diabetes, darah tinggi dan asma yang dihidapinya setiap bulan yang menelan kos tinggi.

"Selain kos ulang-alik ke Taiping, saya juga perlu berjimat sebab nak beli ubat setiap bulan dan selebihnya digunakan untuk teruskan kehidupan," katanya.

Sementara itu, Mak Wan berkata, ketika ini dia tinggal bersendirian di rumah namun mengambil kesempatan itu untuk meluangkan masa mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.


Foto: mStar

Katanya, bukan mudah tinggal bersendirian pada usianya sekarang namun memilih menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan agar dia tidak menghadapi kemurungan.

"Saya tidak mahu terlalu fikir keadaan saya sekarang kerana bimbang akan mengalami masalah kemurungan apatah lagi sekarang saya tinggal sendirian di rumah.

"Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah.

"Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan," ujarnya.

Sementara itu, Mak Wan menyeru agar penerbit atau syarikat produksi sudi memberikan tawaran lakonan kepadanya demi meneruskan kelangsungan hidup termasuk menampung kos membeli ubat-ubatan.

Kata Mak Wan, dia tidak kisah watak apa yang diberikan kepadanya asalkan dia dapat kembali berlakon yang menjadi sumber pendapatannya.

"Kepada penerbit diluar sana, kalau tak dapat beri banyak, cukuplah berlakon telefilem untuk bagi saya kerja. Itu sahaja saya mohon, dapat saya beli ubat," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 19-1-2023 06:14 PM
Rumah mak wan ke tu
Apesal karam sgt
Tak serabut ke duk rmh bsepah mcm tu
Quote AcikBuncit 19-1-2023 06:58 PM
Dia ni duk rumah ke sewa bilik? Apesal mcm bsepah sgt.. Jrgla pmpuan tua mak2 tahan tgk sepah serabut cmni.. Acik kalo kat umah nampk sepah cmni, abis aku pekikkan semua org
Quote Thunderclouds 19-1-2023 07:07 PM
Obt kencing manisss...darah tinggi..asma bole dpt perrrcuma di kk gomen waima dok celah hulu banat mana sekalipon. Warga emas right? Obt high profile apa makcik ni pki?
Quote forum5290 19-1-2023 07:07 PM
Dye beli ubat kt swasta ke?dye follow up kt swasta ke?klo follow up kt gov,byau seringgit je...xde la kos mahal pn...slalu follow up gov 3 bulan skali or 6bulan skali kalau pyakit under cntrol....
Mcm mne dye ckp ubat2 dye kos tggi ek?
Quote krustykrab 19-1-2023 07:09 PM
AcikBuncit replied at 19-1-2023 06:58 PM
Dia ni duk rumah ke sewa bilik? Apesal mcm bsepah sgt.. Jrgla pmpuan tua mak2 tahan tgk sepah serabu ...

Ada je acik, pompuan² tua yg pemalas kemas rumah. Brg² kemain beli tak nk kalah dgn org tp tak reti jaga.
Quote codenamedream 19-1-2023 07:09 PM
Acik rumah sepah bebeno.
Cuba kemas sikit.
Quote winky1 19-1-2023 07:11 PM
primarikey replied at 19-1-2023 06:14 PM
Rumah mak wan ke tu
Apesal karam sgt
Tak serabut ke duk rmh bsepah mcm tu

Haha...I dari dulu lagi bila ada problem...first thing I buat I scrub bilik air...mcm terapi pastu I declutter pastu I kemas rumah tip top ...bab solat lebih tu I tak nak lah mention haha..pastu problem pun selesai ...
Quote kotakominami 19-1-2023 07:14 PM
winky1 replied at 19-1-2023 07:11 PM
Haha...I dari dulu lagi bila ada problem...first thing I buat I scrub bilik air...mcm terapi pastu ...

Betul...tgok rumah dia tu nak bentang sejadah pon takde space....maybe dia tak larat...kesian gak patut umur camni duk tenang2 je berkebun ka hape....dia kena pk cari duit lg...
Quote winky1 19-1-2023 07:17 PM
Thunderclouds replied at 19-1-2023 07:07 PM
Obt kencing manisss...darah tinggi..asma bole dpt perrrcuma di kk gomen waima dok celah hulu banat m ...

Kena ikut appointment kkm bagi ..ubat tak putus..klu tak boleh ikut, boleh suruh misi adjust date
Quote doubleA 19-1-2023 07:24 PM
Pergi klinik gomen la, cina kaya rumah juta2 pun reti p klinik kkm ambik ubat free. Anak2nya mana dia bukan sebatang kara pun
Quote Carcosa 19-1-2023 07:42 PM
Aduhai makcik oui. Rumah bior kecik, tapi jgn bersepah. Dgn kotak kat blkg tu. Taulah sakit, tapi bkn ke jadi lagi sakit kalau bersepah sapih mcm ni. Dahla ada asma. Habuk tu semua.
Bak kata Jahudi - Serabuk Peghuk tgk tau.
Kihkihkih
Quote KBW2 19-1-2023 07:56 PM
Macek ni takde anak, sedara mara ke?
Quote xtinkerbellx 19-1-2023 08:02 PM
Tak larat kot, sebab tu bersepah.
Quote harkktuih 19-1-2023 08:13 PM
Arwah mak iols pun ada darah tinggi, kencing manis dlu.. Kena inject insulin lg.. Semua follow up kat kk gomen.. Xde pun kos tinggi bagai.. Acik x yah drama sgt nk bitau kos ubat2 semua tinggi.. Unless acik rasa acik darjat tinggi sbb pelakon so x pandang klinik gomen ni..
Quote Madel 19-1-2023 08:14 PM
Boleh minta bntuan ke JKM, Zakat or Baitulmal ya Mak Wan
pasal ubat2an ...gi je la Klinik Kesihatan
bayar rm1..tiap2 bulan dpt stok ubat smpai tak tertelan.
Golongan B40 tak payah la nak demand sgt Mak Wan
Quote virgo19 19-1-2023 08:20 PM
xtinkerbellx replied at 19-1-2023 08:02 PM
Tak larat kot, sebab tu bersepah.

Kalau kemas rumah pun tak larat, mcmana dia nak berlakon? Tu dia ada mintak job berlakon jugak..
Quote virgo19 19-1-2023 08:22 PM
Tula.. hari tu dah elok2 ada suami, buat hal.. kalau tak, ada la tempat bergantung.
Quote helicornia 19-1-2023 08:38 PM
Mak aku sakit lutut teruk jugak.bole Jalan tp tk  bole jauh sgt.tp org dtg rumah mesti tanya camne rumah makcik kemas je kt luar daun pun tkde
Quote hunters 19-1-2023 08:39 PM
virgo19 replied at 19-1-2023 08:22 PM
Tula.. hari tu dah elok2 ada suami, buat hal.. kalau tak, ada la tempat bergantung.

kawin umur2 cmni x semudah org muda...mcm2 dugaan..

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.124031 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top