Nur Fazura tidak mahu membebankan fikiran dengan perkara-perkara negatif. Isteri Fattah Amin itu tampil memberikan reaksi apabila netizen sering sering menagaitkan dirinya dengan individu lain iaitu Neelofa.
Kata Fazura dia hanya fokus memperbaiki diri dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. “Saya tiada pesanan kepada netizen, cuma Alhamdulillah. Saya hanya memberi tumpuan kepada diri saya dan keluarga sahaja. “Matlamat utama saya adalah untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik untuk masa akan datang. “Nak kaitkan nama saya tu saya tak boleh nak halang mereka. Perkara paling utama pada saya adalah untuk fokus ke hadapan dan jalan terus, tanpa menoleh ke belakang. “Saya mahu fokus kepada perkara positif dan mengabaikan hal-hal negatif,” katanya menerusi sebuah video TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fazura seorang selebriti yang sangat berpendirian tinggi. Nampak Fazura sangat cool dan langsung tak melatah. |
Masukkeluar replied at 19-1-2023 10:41 AM
cuba reporter tanya niqabis plak..nk jgk tahu apa reaksi dia
tulip-rain replied at 19-1-2023 10:34 AM
Uwekkkkkk...
virgo19 replied at 19-1-2023 10:53 AM
Statement yg nampak selfish walaupun cakap sambil senyum. Dia lagi seronok dikaitkan dan dibanding2k ...
aemon replied at 19-1-2023 11:16 AM
bak kata faz 10 tahun lepas. siapa neelofa untuk saya jatuhkan?
benak je suka melaga2 orang.
ADVERTISEMENT