CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sentiasa Dikecam Kaw-Kaw, Dolla Baca Je Komen Tapi Langsung Tak 'Koyak'

19-1-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1501| Komen: 19

Description: Hampir tiga tahun kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby aktif menyanyi, pelbagai pencapaian sudah diraih walaupun terus dikritik dan dikecam segelintir netizen berikutan ime ...
Hampir tiga tahun kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby aktif menyanyi, pelbagai pencapaian sudah diraih walaupun terus dikritik dan dikecam segelintir netizen berikutan imej seksi yang berani.


Namun, Dolla pasti matlamat mereka untuk menempatkan diri dalam industri seni tanah air sebagai kumpulan penyanyi wanita dikenali dan diminati sudah membuahkan hasil sebagaimana diharapkan.

Dolla ketika ditemui baru-baru ini berkata, mereka bersyukur dan gembira dengan kejayaan sudah dikecapi.

Foto: IG

Tidak hanya itu, mereka juga bertekad mahu mengembangkan bakat masing-masing dalam pelbagai cabang seni. Dalam erti kata lain, Dolla mahu mengambil semua peluang yang datang dan terus bersemangat memartabatkan bakat mereka.

Mengulas mengenai imej seksi Dolla yang berterusan menjadi perhatian netizen di media sosial, Tabby berkata, mereka lebih senang tidak mempedulikan komen negatif itu.


"Sebenarnya, kami baca semua komen itu, tapi kami tak 'koyak' kerana masih mendapat sokongan yang baik daripada peminat. Ternyata, ada ramai lagi yang tetap memberikan Dolla semangat.

"Kami selesa melihat dari perspektif yang positif saja terhadap komen itu. Ia kerana ramai peminat Dolla sangat menghargai perjuangan muzik, bakat, kualiti lagu yang dirakam, personaliti kami dan sebagainya," katanya.



Menurut Syasya, dari segi penampilan imej seksi yang sering diperkatakan, Dolla sekadar menjadi diri sendiri menerusi personaliti dibawa.

Katanya, mereka tidak cuba-cuba mahu meniru gaya penampilan orang lain.

"Kami hanya jadi diri sendiri dan sentiasa berusaha memperbaiki mana yang dirasakan masih kurang. Berdasarkan komen dibaca juga, kami selalu cuba memperbaiki kelemahan Dolla.

"Mana yang ada salah silap Dolla itu, kami tidak berdiam diri atau biarkan saja tanpa sebarang tindakan untuk memperbaikinya. Selain itu, keluarga juga faham dengan gosip yang muncul dan sentiasa memberi kami semangat," katanya.



Syasya yang juga cucu pelakon Rozie Othman berkata, neneknya sebagai orang lama dalam industri hiburan sentiasa memberikan kata-kata positif untuk dia bersedia menghadapi gosip yang muncul terutama membabitkan imej seksi.

"Nenek sentiasa ingatkan saya supaya terus kuat sepanjang menceburi industri seni. Apatah lagi, soal imej seksi dan gosip adalah perkara lumrah yang perlu sedia dihadapi selebriti. Jadi, saya kena akur menghadapinya.

"Sebagai penggiat seni yang sudah lama dalam industri hiburan, nenek saya cukup faham dengan situasi dilalui Dolla iaitu imej seksi kami. Kata nenek, kena kuat hadapi cabaran sebegini," katanya.



Tampil lima single baharu

Sudah melancarkan enam single sebelum ini, antaranya Makes You Wanna, Impikan, Watch Me Glow, Raya Raya Raya, Berani dan Bad, Dolla merancang teliti karier muzik mereka untuk tahun ini.

Sabronzo berkata, Dolla mempunyai perancangan besar yang masih diatur rapi.

Katanya, jika tiada aral, mereka berhasrat dapat melancarkan lima single baharu sepanjang tahun ini dan pemilihan lagu sesuai sedang dibuat.



"Sekarang ini kami memberi fokus pada penghasilan single dulu. Ia berikutan, sambutan diterima terhadap single Dolla daripada peminat setakat ini amat baik. Begitu juga, lagu kami 'mesra' radio.

"Jadi, Dolla bersemangat untuk terus merakamkan single baharu yang sesuai dengan vokal dan muzik kami, termasuk kena dengan cita rasa pendengar. Kami akan cuba membuat yang terbaik," katanya.

Ditanya mengenai penganjuran 'showcase' Dolla, Angel berkata, banyak yang masih dalam perancangan.



Katanya, Dolla tidak mahu terburu-buru dan selesa melakukannya seperti diatur syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

Tahun lalu, antara pencapaian dibanggakan Dolla ialah mereka menjadi artis ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipilih muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat bagi kempen EQUAL oleh pelantar penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Tidak hanya itu, Dolla turut melakar sejarah tersendiri dalam karier nyanyian mereka apabila meraih Anugerah Platinum untuk 'Best Selling Single' bagi lagu Impikan yang distrim lebih 200,000 penggemar muzik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 19-1-2023 10:07 AM
Pada iolss ok la dolla ni. Takde la seksi semata. Bolela la nyanyi and joget pun boleh diterima. Tapi i bagi 5 tahun max ja aktif in industry. Pastu mesti break up. Biasa la girl group kan. All the best!
Quote PocongTerbang 19-1-2023 10:12 AM
takkizawa replied at 19-1-2023 10:07 AM
Pada iolss ok la dolla ni. Takde la seksi semata. Bolela la nyanyi and joget pun boleh diterima. Tap ...

Sabronzo tu pon dah almost 30.tapi kalau diorang jenis tak kisah ada member yg dah kawin mcm defam tu,boleh je bertahan lama,asalkan rajin keluar lagu
Quote sangbara2020 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk
Quote babelina 19-1-2023 10:19 AM
penah nmpak dorg dpn pavi wat tiktok..
Quote gideoncross 19-1-2023 10:36 AM
sangbara2020 replied at 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk

Mmg ada pun, mantap je dorg ni tpi biasalh netz, smuanya slh, mnggedik tpi brtudung je x slah.
Quote Nenolen 19-1-2023 10:48 AM
Dolla...you go girls

Acik suka korang...mmg layan video korang kat ytube...teruskan berkarya yer...all the best...

p.s - Dolla tolong cover dance M3gan
Quote vanillaninja 19-1-2023 10:50 AM
Seperti biasa I memang #TeamDolla
Quote prince_marhaen 19-1-2023 05:18 PM
meols pun ada soft spot kat Dolla girls ni sebab seksi pun jenis yang nampak wangi, bukan nampak slutty... menari pun pandai, mekap kena ngan wajah, menyanyi pun not bad, siap ada yang boleh rap lagi...PR pun bagus, muzik genre & MTV pun power...

takdelah macam group apooo gegadis tu yang kata gadis tapi mostly janda... ehh tiberrr..
Quote cmf_premierleag 19-1-2023 05:29 PM
Akak pun ms mula2 tgk dolla ni mcm x konpiden je..ada talent ke korang dikk??
Tp lps dgr lagu Berani kt spotify, akak tersuka lak dgn dolla ni
Lagu sedap, catchy, lirik pun x mengada2 bagai
Quote LadyCarefree 20-1-2023 04:41 AM
better lah jugak dari the sara sisters hauk mauk tu
Quote ohsoyaya 20-1-2023 06:17 AM
sangbara2020 replied at 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk

View mv diorg kt yt tu juta2 jugak kn. Klu keluar album selalu nmpk trending kt yt & twitter. Ramai org luar minat depa ni. Tp lagu depa yg lekat lagu Raya tu la kot. Raya raya raya raya~~ Selamat hari raya~~
Quote ohsoyaya 20-1-2023 06:19 AM
LadyCarefree replied at 20-1-2023 04:41 AM
better lah jugak dari the sara sisters hauk mauk tu

Sara sisters i tgk dah mcm persembahan nyanyi akhir thn kt tadika tu. Mende deknon. Sorg je yg blh nyanyi & bwajah herlok. Yg lg 3 sbb ghupe sama, nmpk x interesting lngsung. So better yg sorg tu jela jd retis solo
Quote missyL 20-1-2023 08:01 AM
Yg blonde tu comey
Quote LadyCarefree 20-1-2023 03:49 PM
ohsoyaya replied at 20-1-2023 05:19 AM
Sara sisters i tgk dah mcm persembahan nyanyi akhir thn kt tadika tu. Mende deknon. Sorg je yg blh ...

Elok kekal duk kat tiktok je la
Quote Sazreena 21-1-2023 02:44 AM
Kalau bab joget still x leh beat Defam. Tak minat memana group gegadis ni...just from my observation je.
Quote Ferr_Remy 21-1-2023 02:53 AM
sangbara2020 replied at 19-1-2023 10:12 AM
lagu dia ape je..ade kua radio ke dekk

Lagu plg best BAD. Standard2 lagu kpop tp biase la Melayu ni kaki kecam
Quote Ferr_Remy 21-1-2023 02:54 AM
Sazreena replied at 21-1-2023 02:44 AM
Kalau bab joget still x leh beat Defam. Tak minat memana group gegadis ni...just from my observation ...

Diorg lg power dr DeFam. Cuba g tgk BAD Dolla Dance Practice. Powerr woooo
Quote Sazreena 21-1-2023 03:05 AM
Ferr_Remy replied at 21-1-2023 02:54 AM
Diorg lg power dr DeFam. Cuba g tgk BAD Dolla Dance Practice. Powerr woooo

Maybe skang ni dolla dah byk improve kot...sbb banyak kali cik manggis lalu lintas kat page..bila usha dia dance, mmg sharp la..
Quote missbigrockstar 21-1-2023 01:37 PM
Dolla ni lagu raya diorang je best. Tolak part rap lah.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059599 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top