CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tertunggu-Tunggu Jodoh Anjing Pula Yang Datang, Musnah Impian Nak Duduk Sebelah Lelaki Kacak

17-1-2023 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3252| Komen: 19

Menerusi video dikongsi seorang pempengaruh (influencer), dia menunjukkan bagaimana seorang rakan perempuannya ternanti-nanti siapa yang akan duduk di sebelahnya ketika mereka berada dalam sebuah pesawat, dipercayai ke Turkiye.


Menerusi kapsyen dan tulisan pada video yang dimuat naik oleh Zarol Zarif, dia memberitahu bahawa rakannya itu yang bernama Maksom duduk berasingan dan terpisah daripada dia serta seorang lagi rakan lain.

Sambil merakam gelagat Maksom yang masih berseorangan, Zarol berkata wanita itu mengharapkan individu yang akan duduk di sebelahnya adalah lelaki Turkiye yang berkemungkinan juga merupakan jodohnya.

Foto: tiktok


Namun, impiannya seakan musnah apabila empat lelaki Turkiye kacak yang lalu di laluan tengah pesawat tidak duduk di sebelahnya, sebaliknya berjalan terus ke bahagian belakang pesawat.

Tidak lama kemudian penantian 'jodoh'nya berakhir apabila seorang wanita membawa seekor anjing dalam sangkar dan mahu duduk di sebelahnya.


Maksom terkedu berdepan situasi lucu itu dan dalam masa sama berasa takut apabila dia terpaksa duduk di sebelah anjing.

Walaupun situasi itu amat membuatkan dia terkejut, Zarol dan seorang lagi rakannya yang duduk berhampiran tidak dapat menahan ketawa dengan apa yang mereka lihat.

Ternyata impian Maksom musnah selepas dia meletakkan harapan yang cukup tinggi, menjangkakan akan bertemu jodoh dengan jejaka kacak yang duduk di sebelahnya.



"Tunggu lama kot, takkan jodoh aku anjing," Zarol menulis pada video itu.

Rakaman berdurasi 1 minit 30 saat itu mendapat respons yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata mereka turut terhibur melihat reaksi Maksom yang sangat terkejut apabila mengetahui seekor anjing akan menemaninya dalam pesawat.

“Weh kasihannya harapan Maksom dihancurkan begitu saja.

“Sabar Maksom ya. Nanti cuba bas ekspres pula.

“Ya Allah plot twist. Tak tahan gelak,” komen netizen di TikTok. -CARI

Sumber: mStar 0nline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 17-1-2023 03:01 PM
adoi berdekah aku tengok..tapi apsal anjing dpat special seat bleh masuk kat kabin?bukan ke anjing ke kucing msuk kat kabin barang?
Quote Nana_Man 17-1-2023 03:45 PM
Hahahahaha!!!! Klakar sgt.
Quote ketambangkang 17-1-2023 03:49 PM
byk2 content tt yg ni nampak natural la tak mcm berlakon sgt..berdekah tgk
Quote noorhairiahma 17-1-2023 03:50 PM
hahahahhahaa kelakar. kesiannyaaaaaaaaa. anjing pulak yang datang.
Quote misc 17-1-2023 04:11 PM
Edited by misc at 17-1-2023 04:13 PM

Kelakar wey.. punah harapan maksom
Quote Thunderclouds 17-1-2023 04:15 PM
Tq. Sesekali ada genuine content. Hilarious. Hakak terhibur.
Quote hareeeesah 17-1-2023 04:17 PM
Maksom muka ko jujur btul, u sit hear? [em:11:]
Quote KamikuP 17-1-2023 04:41 PM
Bole ke bawak masuk anjing dlm flight? I is tacodd
Quote uda 17-1-2023 05:54 PM
KamikuP replied at 17-1-2023 04:41 PM
Bole ke bawak masuk anjing dlm flight? I is tacodd

Ni kat turkey kalau tak silap
Kat oversea boleh aje.
I pernah naik sama dengan anjing masa flight domestic US. Tapi anjing tu kecik dan duduk dalam beg. Nasib baik dia duduk diseberang aisle. Seram juga kalau duduk sebelah. Takut dia terbersin.
Naik subway pun pernah duduk opposite degn anjing and anjing ni asyik geleng2 kepala dia. Stress betul. Nasib baik I bawa beg kertas besar and dapat tutup kaki
Quote Orix 18-1-2023 04:18 PM
so encem ke tak anjing tu
Quote wadiunong 19-1-2023 12:09 PM
KamikuP replied at 17-1-2023 04:41 PM
Bole ke bawak masuk anjing dlm flight? I is tacodd

yup. depends on flight policy masing2.
Quote afie_m 19-1-2023 03:40 PM
hahhaa..member bukan main lagi gelakkan dia..hahhaha
Quote nurul_akmar 26-1-2023 07:47 AM
kakaka... bab2 mcm ni mmg member xberenti gelak. bab membahan dorg mmg mmg no 1.
Quote charlieangless 26-1-2023 02:52 PM
hahahahahaha sian eh
Quote Travelo 26-1-2023 03:16 PM
memang lawak...
Quote pichee 26-1-2023 07:31 PM
Ada sambungan die kt tiktok maksom n kwn2 sbb die masuk world buzz…

Die ckp we need to talk.. berdekah i tgk.. hadoi
Quote cherie.mint 27-1-2023 02:49 AM
Wahahaha best kwn dia ni dok bahan
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:53 AM
Quote cahaya_almas 17-2-2023 06:47 PM
Haha..bukan main lg kawan2nya berdekah2 ya..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.188232 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top