View: 2511|Reply: 19
|
Tertunggu-Tunggu Jodoh Anjing Pula Yang Datang, Musnah Impian Nak Duduk Sebelah Lelaki Kacak
[Copy link]
|
|
Menerusi video dikongsi seorang pempengaruh (influencer), dia menunjukkan bagaimana seorang rakan perempuannya ternanti-nanti siapa yang akan duduk di sebelahnya ketika mereka berada dalam sebuah pesawat, dipercayai ke Turkiye.
Menerusi kapsyen dan tulisan pada video yang dimuat naik oleh Zarol Zarif, dia memberitahu bahawa rakannya itu yang bernama Maksom duduk berasingan dan terpisah daripada dia serta seorang lagi rakan lain.
Sambil merakam gelagat Maksom yang masih berseorangan, Zarol berkata wanita itu mengharapkan individu yang akan duduk di sebelahnya adalah lelaki Turkiye yang berkemungkinan juga merupakan jodohnya.
Foto: tiktok
Namun, impiannya seakan musnah apabila empat lelaki Turkiye kacak yang lalu di laluan tengah pesawat tidak duduk di sebelahnya, sebaliknya berjalan terus ke bahagian belakang pesawat.
Tidak lama kemudian penantian 'jodoh'nya berakhir apabila seorang wanita membawa seekor anjing dalam sangkar dan mahu duduk di sebelahnya.
Maksom terkedu berdepan situasi lucu itu dan dalam masa sama berasa takut apabila dia terpaksa duduk di sebelah anjing.
Walaupun situasi itu amat membuatkan dia terkejut, Zarol dan seorang lagi rakannya yang duduk berhampiran tidak dapat menahan ketawa dengan apa yang mereka lihat.
Ternyata impian Maksom musnah selepas dia meletakkan harapan yang cukup tinggi, menjangkakan akan bertemu jodoh dengan jejaka kacak yang duduk di sebelahnya.
"Tunggu lama kot, takkan jodoh aku anjing," Zarol menulis pada video itu.
Rakaman berdurasi 1 minit 30 saat itu mendapat respons yang pelbagai daripada warganet.
Rata-rata mereka turut terhibur melihat reaksi Maksom yang sangat terkejut apabila mengetahui seekor anjing akan menemaninya dalam pesawat.
“Weh kasihannya harapan Maksom dihancurkan begitu saja.
“Sabar Maksom ya. Nanti cuba bas ekspres pula.
“Ya Allah plot twist. Tak tahan gelak,” komen netizen di TikTok. -CARI
Sumber: mStar 0nline |
|
|
|
|
|
|
|
adoi berdekah aku tengok..tapi apsal anjing dpat special seat bleh masuk kat kabin?bukan ke anjing ke kucing msuk kat kabin barang? |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha!!!! Klakar sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
byk2 content tt yg ni nampak natural la tak mcm berlakon sgt..berdekah tgk |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahhahaa kelakar. kesiannyaaaaaaaaa. anjing pulak yang datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misc at 17-1-2023 04:13 PM
Kelakar wey.. punah harapan maksom |
|
|
|
|
|
|
|
Tq. Sesekali ada genuine content. Hilarious. Hakak terhibur. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksom muka ko jujur btul, u sit hear? [em:11:] |
|
|
|
|
|
|
|
Bole ke bawak masuk anjing dlm flight? I is tacodd |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kat turkey kalau tak silap
Kat oversea boleh aje.
I pernah naik sama dengan anjing masa flight domestic US. Tapi anjing tu kecik dan duduk dalam beg. Nasib baik dia duduk diseberang aisle. Seram juga kalau duduk sebelah. Takut dia terbersin.
Naik subway pun pernah duduk opposite degn anjing and anjing ni asyik geleng2 kepala dia. Stress betul. Nasib baik I bawa beg kertas besar and dapat tutup kaki
|
|
|
|
|
|
|
|
so encem ke tak anjing tu |
|
|
|
|
|
|
|
yup. depends on flight policy masing2.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahhaa..member bukan main lagi gelakkan dia..hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
kakaka... bab2 mcm ni mmg member xberenti gelak. bab membahan dorg mmg mmg no 1. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sambungan die kt tiktok maksom n kwn2 sbb die masuk world buzz…
Die ckp we need to talk.. berdekah i tgk.. hadoi |
|
|
|
|
|
|
|
Wahahaha best kwn dia ni dok bahan |
|
|
|
|
|
|
|
Haha..bukan main lg kawan2nya berdekah2 ya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|