CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dulu Berbalah, Tengok Sekarang Konsert Jay Chou Penuh Tak Macam Masa Konsert Billie Eilish

17-1-2023 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2110| Komen: 6

Description: Konsert Jay Chou mencatat sejarah apabila jumlah penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh dikatakan hampir penuh.TikTokJumlah peminat Jay Chou di stadium terbesar di Malaysia membuatkan r ...
Konsert Jay Chou mencatat sejarah apabila jumlah penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh dikatakan hampir penuh.


TikTok


Jumlah peminat Jay Chou di stadium terbesar di Malaysia membuatkan ramai terpegun sekali gus membuktikan faktor utama SNBJ dipilih sebagai lokasi tempat konsert diadakan, baru-baru ini.



Lebih-lebih lagi, konsert penyanyi Taiwan itu pernah menjadi pertikaian penyokong Harimau Malaya yang tidak berpuas hati kerana 21,000 tiket tidak dapat dijual disebabkan persediaan pentas konsert tersebut.

Justeru, ramai beranggapan ianya satu kesilapan besar sekiranya konsert tersebut dibatalkan.




Bukan itu saja, rata-rata warganet di media sosial turut membandingkan jumlah peminat yang hadir pada konsert Jay Chou jauh berbeza dengan konsert Billie Eilish pada 18 Ogos tahun lalu.



Ramai mengatakan bahawa ianya merupakan kesan populariti Jay Chou yang sudah lama menapak dalam dunia hiburan malah peminat penyanyi itu rata-ratanya merupakan kelahiran 1980-an dan lebih dikenali pada awal tahun 2000-an.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 18-1-2023 09:11 AM
yang pegi konsert billie tu kebanyakan remaja, separa remaja dan rasa muda2 remaja up until late 20s gitu...
nak compare ngan jay chou, ...peminat jay chou tu umur 60 tahun pun ada

ermm...mcm tak sesuai la nak compare both of theyols
Quote esbok 18-1-2023 09:44 AM
ayukpingu replied at 18-1-2023 09:11 AM
yang pegi konsert billie tu kebanyakan remaja, separa remaja dan rasa muda2 remaja up until late 20s ...

Ok je compare, bebudak skarang kan terpaling. Gen baru selalu dok kata gen lama ni ketinggalan tak sedebomb gen depa.

Cantik crowd jay chou
Quote wadiunong 18-1-2023 04:10 PM
bila la BSB nak buat konsert kt sini huhu
Quote Orix 18-1-2023 04:13 PM
ternyata ummah cainis kaya raya yach mampu beli tiket mahal2 penuhkan stadium utk konsert sebegitu... sementara ummah meleis mampu beli tiket bola sajokkk... so pprt...
Quote kucingitam 18-1-2023 04:17 PM
tersusun nya crowd dia...
Quote DianaSaksen 19-1-2023 01:24 PM
Konsert artis Taiwan atau hk selalu penuh org tengok..Jay chou ni kira legend juga lah..macam Wang lee home
Padan muka ultra malaya kalah ????

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037293 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top