CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Serdak - Gaji Minimum Guru Sekolah Awam RM43, Profesor Universiti RM260

17-1-2023 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1089| Komen: 6

Guru, pesara dan ahli kesatuan sekerja berarak di sekurang-kurangnya enam bandar di Venezuela, pada Isnin, untuk menuntut kenaikan gaji, ketika kerajaan pimpinan Presiden Nicolas Maduro berdepan cabaran baharu untuk menangani inflasi.


Inflasi di Venezuela dianggarkan sudah mencapai 305 peratus pada tahun lalu, menurut kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ahli ekonomi menerusi pengiraan dibuat tanpa data rasmi.


Guru dan penjawat awam menyertai demonstrasi bagi menuntut kenaikan gaji - Foto Reuters

Kerajaan tidak menyelaras gaji kakitangan awam sejak Mac tahun lalu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai untuk membolehkan Venezuela keluar dari hiperinflasi.

Namun, pada separuh tahun kedua 2022, permintaan untuk mata wang asing mengatasi bekalan mingguan dolar Amerika Syarikat oleh bank pusat, dan ia menyebabkan nilai mata wang bolivar semakin merosot.


Gaji minimum bulanan untuk guru sekolah awam adalah kira-kira AS$10 (kira-kira RM43), manakala profesor universiti pula memperoleh antara AS$60 (kira-kira RM260) dan AS$80 (kira-kira RM346).

"Gaji kami sangat sedikit. Saya mendapat gaji 460 bolivar (kira-kira AS$23 atau kira-kira RM99) sebulan," kata Odalis Aguilar, guru berusia 50 tahun yang berarak di bandar Maracay.

Di negeri tengah, Carabobo, guru dan penjawat awam juga menyertai demonstrasi, dengan mendakwa gaji tidak mencukupi untuk makanan dan ubatan.

"Makanan kami adalah karbohidrat, tiada protein, beberapa sayuran, ia amat asas," kata Reina Sequera, profesor di Universiti Carabobo yang menjadi penanggung utama untuk tiga ahli keluarga.

"Kami tidak mampu untuk membeli acetaminophen."

Hujung minggu lalu, kerajaan membayar penjawat awam dengan bonus bersamaan AS$29.80 (kira-kira RM128) menurut kadar tukaran asing dianggarkan oleh bank pusat.

Puluhan guru, membawa poster dan berarak di San Cristobal, ibu negeri Tachira.

Ada yang membawa imej tengkorak yang merujuk kepada "gaji kebuluran".

"Bonus itu tidak sampai AS$30 (kira-kira RM129). Adakah ini yang diterima Maduro? Kamu hanya melemparkan serdak kepada kami," kata presiden Kolej Tachira untuk Guru, Gladys Chacon.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kluangman 17-1-2023 01:03 PM
Teringat raja formula dulu suka jadikan Vanezuella sebagai benchmark harga minyak
Quote aisah7493 17-1-2023 02:19 PM
Heran la mcm mana org kat sana survive
Quote sharlenetexas 17-1-2023 02:33 PM
kluangman replied at 17-1-2023 01:03 PM
Teringat raja formula dulu suka jadikan Vanezuella sebagai benchmark harga minyak

Heols pandang lagi ke venezuela?


Quote CikYaYaYa 17-1-2023 03:40 PM
Kesian nyaa kat diorang. harap2 Malaysia xjadi laa macam nie
Quote Sazreena 17-1-2023 10:22 PM
Kesian..teruk benor dah tu. Apa kata bukak akaun Only fans..mungkin lebih masyuk.
Quote ashilalat 17-1-2023 10:24 PM
kluangman replied at 17-1-2023 01:03 PM
Teringat raja formula dulu suka jadikan Vanezuella sebagai benchmark harga minyak

Hahaha..kau sebut ni baru aku teringat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.045515 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top