CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Hari Ini 'Berkepala Besar', Bukan Kerajaan Perpaduan

17-1-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1991| Komen: 27

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan yang terbentuk ketika ini 'berkepala besar' bukannya Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa, Abdul Hadi berkata, konsep sebenar Kerajaan Perpaduan adalah tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.



FB Hadi

"Jika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya Kerajaan Perpaduan.

"Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya, maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah," katanya dalam catatan di ruangan Minda Presiden.

Menjelaskan lebih terperinci mengenai konsep perpaduan, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, konsep perpaduan adalah bersatu atas titik persamaan sahaja dan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan dan kelainan yang mengikut garis sempadannya.

Menurut Abdul Hadi lagi, sekiranya ciri-ciri berkenaan tiada, maka ia tidak dinamakan sebagai perpaduan.


Malah katanya, Islam menolak daripada bersatu dan bekerjasama dengan kumpulan haram.

"Kumpulan dimaksudkan itu adalah seperti kumpulan perompak yang mengambil harta secara paksaan dan terbuka yang dinamakan juga dengan merampas, melanun di lautan luas dan sebagainya.

"Begitu juga, diharamkan bersama kumpulan pencuri yang mengambil harta secara sembunyi tanpa diketahui dan diizinkan oleh pemiliknya.

"Kemudiannya, disertai oleh kumpulan penipu yang mengumpulkan harta secara menggoda atau berbohong," katanya.


Loading FB Post...


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 17-1-2023 12:01 PM
Jelas Hj Hadi merokot sungguh hatinya dgn pemerintahan kerajaan skr.  Ada je kritikan beliau untuk meluahkan rasa tak puas hatinya. Agaknya kalau PN yg memerintah, bersih M'sia ni drp orang2 yg Haji Hadi anggapkan. No PH, no perompak, penyamun n perasuah  It sounds very ideal. Jgn terkejut bila PN memerintah akan ada banyak peraturan yg dirombak dn diubah selaras dgn undang2 syariah.

Kita kan ada mahkamah dn undang2, maka biarlah pihak2 yg berwewenang jalankan tugas mereka.  Bukan mudah nak tangkap 'penjenayah2' sederap.
Menganggap pembangkang  kumpulan yg kecil, kenapa tak ingin jadi spt sekecil2nya cili padi2, pedasnya membawa erti dn dpt mengatasi pedas si cili besar.
Quote axl_bach 17-1-2023 12:02 PM
Waktu bersama dgn UMNO x berbunyi plak Ayohchik pasal mencuri menipu dan merompak ni.........
Quote cikatilia 17-1-2023 01:44 PM
haiyaaa eddy
byk bising
Quote creep_bite 17-1-2023 02:09 PM
Ni kerajaan Bung Nuwar dan Wak Jahid..
Quote jejaka_hensem 17-1-2023 02:15 PM
Tin kosong..bunyi je kuat,isi xdop
Quote renko 17-1-2023 04:08 PM
cakap besar camne plak?
kemain g cakap aritu
dah cukup jomlahhhh
Quote sam1528 17-1-2023 04:20 PM
He he he he ... aritu , baru satu hari kena kutip dengan SPRM dah keluar cerita 3 - 5 % sumbangan dari direct nego



Quote ifanonline 17-1-2023 04:23 PM
PAS ni ibarat janda gersang...sudah di tiduri ramai lelaki tua bernama humno, pikeyar, barsatu, deeyeepee, etc...

lobos sangat dah PAS ni...
Quote kucingitam 17-1-2023 05:10 PM
yg kepala besarnya komer...haih
Quote tripleid 17-1-2023 05:21 PM
Munafik sungguh kepala lobai sekor nih
Quote Suchi 17-1-2023 05:55 PM
Ermm bila dorang nak melangkah lagi takde dah la kan
Quote wirazam 17-1-2023 07:03 PM
Then knp ko X jadi ketua pembangkang...bukan ke ketua pembangkang ni kan jadi tool utk check and balance????
Quote kelana36 17-1-2023 07:18 PM
ifanonline replied at 17-1-2023 12:23 PM
PAS ni ibarat janda gersang...sudah di tiduri ramai lelaki tua bernama humno, pikeyar, barsatu, deey ...

biar kepala besar , jangan lubang besar dek kena balun ramai orang kan...
Quote AbukRokok 17-1-2023 07:59 PM
Mulut mcm punggung ayam cetcetcetcetcetcet
Quote Rogue98 17-1-2023 08:32 PM
SPRM cari Midin...bagi 24hours....katanye akan block airport....habis lah korang ....tercirit2 midin balik smlm....
Quote Highflyer19 17-1-2023 08:59 PM
Budak2 tadika perpaduan kemas pulak ckp kj perpaduan perasan bagus tp muntri2 tak reti buat keja…perasan terer…terpaling itu ini…
Quote Decaffeinated 17-1-2023 09:35 PM
Jika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya Kerajaan Perpaduan.

Siapa pembangkang sekarang yang besar tu?
Quote Tunan 17-1-2023 09:50 PM
Highflyer19 replied at 17-1-2023 08:59 PM
Budak2 tadika perpaduan kemas pulak ckp kj perpaduan perasan bagus tp muntri2 tak reti buat keja…pe ...

Otak korang mmg level budak tadika kemas je la kan
Quote alesandra 17-1-2023 09:53 PM
Owhhh patut arrrr ada walaun kata kerajaan perpaduan sepatutnya xda pembangkang.ilmu dari lobai edy ropanya...kahkahkah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081823 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top