CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Dan Fattah Amin Tengah Gigih Usaha Dapatkan Anak Lelaki "Fatima Dah Besar, Umur 3 Tahun Tapi Pemikiran 5 Tahun"

14-1-2023 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7303| Komen: 62|Original author: Saiful

Fazura dan Fattah Amin tengah berusaha keras untuk memiliki anak yang kedua pada tahun ini.

Kata Fazura dia sangat berharap agar dikurniakan anak lelaki pula.

Foto: IG


"Memang kami merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada 2023 kerana anak pertama Nur Fatima Aisya akan mencecah usia 3 tahun nanti. 

"Fatima petah bercakap dan pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

"Kalau ada rezeki, kami mahu cahaya mata lelaki tetapi kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat,"katanya kepada Harian Metro.



Tambah Fazura lagi, "Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar."

Fazura kata dia perlu bijak mengatur jadual supaya dapat membahagikan masa antara keluarga, bisnes dan kerjaya seni.



"Alhamdulillah, hidup saya sangat tenang sekarang.

"Sudah pasti saya perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni.



"Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah.

"Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya."



Sementara itu Fazura juga  bakal muncul dengan projek filem terbaru pada tahun ini.

"Filem itu akan diuar-uarkan oleh penerbit nanti.

"Selain itu, saya juga ada perancangan untuk buat projek drama bersiri. Projek album baru pula masih belum siap kerana saya sibuk dengan bisnes."




Sebagai info,  Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Fatima pada 2 Oktober 2020. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgojesss 14-1-2023 12:03 PM
wanginya couple ni
Quote immaryjane 14-1-2023 12:04 PM
Zuwa oii, kalau ssah sgt nk jmpe script drama yg bkn cintan cintun, korg laki bini bukak la production sendiri. Sruh bamtah mengarah tgok ke mane pergi nye.

Why la cite best2 mst syukri yahya, iols minat dia since berlakon dgn tekya saleha semua tu. Tp klu muke dia je boring uhhhhhh, dh la smua cite dia dpt mmg best. Soon yg andai takdir nye ape nth lupa, dia dgn hannah, puteri sarah pn ade jd bff hannah.
Novel dia best oiii, why la tk offer kt zuwa or at least laki dia.
Quote za8da 14-1-2023 12:05 PM
Edited by za8da at 14-1-2023 12:06 PM

Nak anak laki kena bersama betul2 time ovulation. Nak anak pempuan kena bersama 3 - 4 days before ovulation. Syaratnya peruod kena ontime ler. Guna period tracker. Works for me. 2 laki 1 pempuan. Haha. I baca tips ni time dah nak kawin.

Apa2 pun semuanya rezeki. Moga Fatima dapat adik laki pasni, comel2 n bijak cm dia jugak .
Quote codenamedream 14-1-2023 12:05 PM
1. Filem baru
2. Drama bersiri baru
3. Album baru
4. Anak baru

OK kami tunggu
Quote Gugucat 14-1-2023 12:05 PM
Mesti herlok laaa kalau baby boy. Confirm hensem. Byk jgk job faz taun ni. Semoga dipermudahkn..
Quote makcun14 14-1-2023 12:08 PM
Tengok couple ni teringat couple pinoy  marian rivera&dingdong dantes. BOTH couples wangi, and buat hal sendiri jach.. peduli mampos stupid gosip semua.Nyamma sama macam Zia, bijak and cute banyak keletah.  Hopefully nyamma pun dapat adik laki macam Zia
Quote makcun14 14-1-2023 12:11 PM
Btw zaman dah 2023, nak kembar ke nak anak specific jantina ke, whatever la kemahuan chuols boleh diatur.
Sama ada chuols berduit atau tak je.
Quote Nozot 14-1-2023 12:12 PM
codenamedream replied at 14-1-2023 12:05 PM
1. Filem baru
2. Drama bersiri baru
3. Album baru

Semoga dipermudahkan segalanya..
Kenapa kaka rasa teruja untuk diorg..
Projek non stop.
Bila kita ada bakat & kita gunakan bakat yang kita ada sebaik - baiknya..maka hasilnya yang baik - baik sahaja nanti walaupun lambat.
Quote virgocircus 14-1-2023 12:12 PM
Xde tips tp maybe boleh cuba. Iols dpt anak boy masa hubby kerap makan daging. Dia yg beria mkn daging, dlm sebulan smpi 4x mkn dgg. Daging msk blackpepper yg slalu dia suka makan. Tup2 masa iols scan 28weeks, nampak jelas boy.
Quote Realpeople17 14-1-2023 12:21 PM
Bestnyaaa ada movie bru. Ada series bru. Yg movie tu entah2 under studio kembara tu tak? I thought mcm akn ada movie indon sbb jumpa hanung last year. Please la make a comeback btul2 faz. Tak larat da asik dok ulang citer lme dia. Yg psl dia bukak production house sndiri tu setuju. At least dia bleh enjoy bwk watak yg dia nak.
Quote Realpeople17 14-1-2023 12:25 PM
makcun14 replied at 14-1-2023 12:11 PM
Btw zaman dah 2023, nak kembar ke nak anak specific jantina ke, whatever la kemahuan chuols boleh di ...

Yela baru haritu trbaca ada tech kalo nak ank kembar. Dasyat ye tech skang. Tp yes fattzura pnye baka helok. Ank pun bijak semacam. Versi pompuan da tgk. Nak tgk versi laki plak. Versi muka mak prangai bapak plak
Quote fcl29 14-1-2023 12:29 PM
semoga nyamma dpt adik laki.. surely nyamma jadi kakak yg baik n protective
Quote Nurul_007 14-1-2023 12:30 PM
Ntahnya lh sepol ni elok2 lh buh tajuk tk ada pn meols baca  gigih usaha oh lupa tajuk kena havoc kn
Quote Nurul_007 14-1-2023 12:33 PM
Nk bt mcmana reputz klu tnya retis miști psl ngesek psl anak țambah anak je hasil Seni misti kat bwh je story nya.apapn meols doa moga dipermudhkn fazura preggy tahun ni dn movie bjln lancar
Quote cik_ingeniare 14-1-2023 12:34 PM
za8da replied at 14-1-2023 12:05 PM
Nak anak laki kena bersama betul2 time ovulation. Nak anak pempuan kena bersama 3 - 4 days before ov ...

Wahh yeker uols? Meols teringin nak gegirl pulak biar sepasang

Btw, meols suka sangat tengok keletah yamma.. bijak budak ni!
Quote fadz84 14-1-2023 12:49 PM
immaryjane replied at 14-1-2023 12:04 PM
Zuwa oii, kalau ssah sgt nk jmpe script drama yg bkn cintan cintun, korg laki bini bukak la producti ...

Owhh Igt drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya watak heroin dpt ke Nad Zainal.. sbb nmpk dia share skrip drama tu aritu.. Hannah Delisha ek jd Aleya?
Quote afidahoney27 14-1-2023 02:00 PM
Doa yg baik baik kita aminkan jah
Moga membuahkan hasil yach
Quote sora13 14-1-2023 02:45 PM
Buat lirik sendiri. Hehehe...

[ig]https://www.instagram.com/reel/CnYkYR9qOdz/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote Geeayden 14-1-2023 03:19 PM
Cleocatra replied at 14-1-2023 02:54 PM
Fattah dah naik berat badan. Jalan pun dah kengkang…

selama ni Abdul  jln kangkang kan

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.085501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top