Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana menerusi satu hantaran di Instagram ada berkongsi gambar anak perempuannya, Sumaiyyah dan juga gambarnya sewaktu kecil dahulu.
"Sumayyah ➡️ Mama", tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan Sumaiyyah dan menyifatkan kecantikannya itu diwarisi oleh kecantikan ibunya.
@akuzakirahmad : Aaaa nanti besar mesti cantik, pandai dan kuat macam mama dia jugak
@nuruljannahkarimah : Carboncopy. cantik cam mama besar nanti @nfizamj : Teringat dulu masa adik beradik Puteri Sarah masuk sekolah rendah kami, semua terpegun tgk cantiknya dorang.. @babyycha92 : sumayyah secantik mama ❤️❤️ luvvv sangatttt @dianazizul : comell.. copy paste mama btl..yg si syaqul ikut ayah.. @ynamarces : sarah masa kecik macam Danielle new jeans laaaa @rosnah1894 : Copy paste maknya.cntik comel @noryn_suhaila : 30++ tahun akan datang, tak tahu pun anak comel (gambar kedua) sekecil itu dikhianati, disakiti @faizahriduan : Ni memang anak mama dia ni..cantik..jadi sehebat mama ye..nanti besar jaga mama elok²..baik²..mama awak sgt baik Betul lah tu, memang cantik. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan! Dalam hantaran terdahulu, Sarah memberitahu sudah empat hari tidak berjumpa dengan kedua-dua anaknya kerana melakukan penggambaran di luar Kuala Lumpur.
"4 days tak jumpa anak2 shooting luar KL. Lari kejap balik suprisekan Syaikhul & Sumayyah. picked them up from school, terkejut tengok mama muncul" tulisnya.
Sarah dan Syamsul Yusof bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|