Ustazah Asma' Harun mendedahkan pernah dihubungi pelakon Puteri Sarah Liyana bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung isu pergolakan rumah tangganya. Pendakwah berusia 39 tahun itu berkata Sarah ketika itu meminta pandangannya kerana mahu mempertahankan ikatan perkahwinan dan mengakui masih menyayangi suami iaitu pengarah Syamsul Yusof.
"Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita... dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat. "Dia sudah berusaha diperingkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya. "Dia tanya apa yang dia boleh buat... saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangganya dan masih sayang kepada suami," kongsinya kepada mStar. Asma' ditemui di Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Asma' bagaimanapun berkata kesibukan kerja masing-masing membuatkan mereka tiada kesempatan untuk bertemu bagi berkongsi pandangan. "Sarah mengharapkan saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan. "Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan," katanya. Diminta mengulas mengenai tindakan suami atau isteri yang memilih untuk menyekat nombor telefon pasangan, Asma' berpandangan ia merupakan satu tindakan tidak wajar. Ini kerana komunikasi merupakan kunci utama dalam ikatan perhubungan manusia. "Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor telefon pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga. "Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan. "Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?" ujarnya. Sumber: mStar
|
naina replied at 12-1-2023 10:18 PM
Laa 39 ke? Ingatkan dah 40 an
Ustazah ni betol simple wajahnya
Takda secalit gincu
orkidorkido replied at 12-1-2023 10:08 PM
Amanah orang ustajah oiii ..
baru 39 rupanya ustajah ni
cm_vungtau replied at 12-1-2023 09:20 PM
So kira takde hasil la kan jumpa ustazah ni? Sebab apa nasihat dia kasik takleh pakai pun. Siap caka ...
ADVERTISEMENT