CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Trauma, Ibu Pernah Beberapa Kali Masuk Hospital Akibat Keganasan Rumah Tangga

9-1-2023 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1432| Komen: 6

Pelakon, Nadia Brian, 31, mengaku pernah mengalami situasi pasca trauma akibat keganasan rumah tangga ibu bapanya.

Nadia berkata, sewaktu kecil dia tidak pernah terdedah dengan masalah kesihatan mental sehingga dirinya meningkat dewasa.


"Mak saya pernah menderita akibat keganasan rumah tangga selama 14 tahun dan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital pada waktu itu. 


IG

"Malah kejadian yang berlaku, pernah dipaparkan dalam sebuah program TV serta menarik perhatian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial, Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar pada era 90-an.

"Masalah rumah tangga yang dialami keluarga saya turut memberi kesan dan trauma kepada saya. Tapi ketika itu saya masih kecil dan tidak tahu saya mengalami masalah kesihatan mental," katanya. 


Menurut Nadia, dia percaya detik hitam yang pernah berlaku dalam kehidupan peribadinya mempunyai hikmah dan tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya.

"Saya bukan nak buka aib keluarga tetapi ini adalah sebagai pengajaran terhadap isu gangguan mental. Malah, apa yang berlaku tidak membuatkan saya membenci bapa.

"Saya anggap semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lagipun kejadian itu sudah lama, saya pandang positif. Buat apa nak susah hati perkara lepas. Dalam hidup ni satu saja yang saya mahukan iaitu ketenangan. Tenang itu mahal," katanya. 

Dalam masa sama, Nadia ingin mendidik orang ramai berkenaan kesihatan mental dalam filem terbaharu lakonannya berjudul  Eva.

"Sebagai pelakon saya percaya kita boleh memainkan peranan dalam mendidik masyarakat terhadap isu kesihatan mental. Lagipun naskhah ini sarat dengan mesej positif mengenai isu ini.

"Industri seni juga kehausan cerita yang berilmiah dan bermanfaat," katanya yang memegang karektor doktor psikologi bernama Elly. 

Filem terbitan D' Alphalegacy Sdn Bhd dan arahan Suhaiza Aziz ini bakal ditayangkan pada 26 Januari ini.

Selain Nadia Brian, filem ini turut dibintangi oleh Nadia Aqilah, Shamsul Danish, Datuk Jaluddin Hasaan, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Tony Eusoff.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 10-1-2023 01:02 AM
Dorang yg buat film syok sendiri ni.. Apa aim dorang.
Ada duit extra, pastu rasa nak buat film.
Ambik nama2 x pemes.
Wajib tayang 2minggu
Then membongak, aku pernah produce film.
Quote imransulaiman 10-1-2023 02:22 AM
Untuk promosi filem, sanggup buka cerita. Daripada aku tak tahu kisah lampau keluarga dia, dah jadi tahu. Dan terus turn off nak menonton

Quote Perawankota 10-1-2023 02:41 AM
codenamedream: Dorang yg buat film syok sendi ...


Agaknya funder nak cuci duit kot?
Quote kaedahnya 10-1-2023 06:53 AM
bapak seksi gambar dia ni
Quote asfaz 10-1-2023 07:36 AM
Ni baru betul bukak aib. Org tak tahu jadi tahu. Kata pandang positif tp kau bagitahu pulak .
Quote Dzahin_poch 10-1-2023 03:09 PM
Makin seksa lepas cerai.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051007 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top