CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Pemakanan Babi Penduduk Malaysia Merosot

4-1-2023 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2375| Komen: 33

Hanya tiga buah negeri di Malaysia yang didapati masih kekal tiada industri penternakan babi secara komersial pada tahun lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Menurut statistik terkini diterbitkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), haiwan itu juga langsung tidak diternak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.



Penternakan babi komersial di Malaysia sepanjang tahun lalu menunjukkan angka penurunan berbanding rekod pada tahun sebelumnya. - GAMBAR IHSAN JPV

Berdasarkan perangkaan agensi tersebut, secara keseluruhan dianggarkan sebanyak 1,665,560 ekor babi berjaya diternak di seluruh negara sepanjang tahun lepas, namun angka itu menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah 1,672,995 ekor atau cuma defisit 7,435 ekor.


Perak sekali lagi muncul sebagai negeri penternakan babi paling besar di Malaysia pada 2022 lalu iaitu 560,987 ekor dengan menokok daripada hanya 555,705 ekor pada 2021.

Ini diikuti jirannya, Pulau Pinang iaitu 311,869 ekor; Johor (238,323); Selangor (222,160); Sarawak (199,850); Sabah (88,755); Melaka (38,314); Pahang (3,235) dan Kedah (1,438).

Negeri Sembilan pula terus kekal menjadi negeri paling sedikit menternak babi komersial di negara ini iaitu cuma 629 ekor sepanjang tahun lalu berbanding 848 ekor pada 2021.

Jumlah berkenaan diselaraskan semula daripada rekod sebelum ini iaitu 360 ekor susulan program pemutihan 19 buah ladang penternakan babi haram di seluruh negeri tersebut.

Pengurangan penternakan itu ekoran langkah tegas pelupusan yang dilaksanakan JPV secara besar-besaran bagi membendung penularan wabak demam babi Afrika.

Senario tersebut turut mengakibatkan trend pemakanan babi dalam kalangan penduduk Malaysia merosot kepada 233,921 tan berbanding 234,204 tan pada tahun sebelumnya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-1-2023 11:42 PM
Ye ke?

Quote sharlenetexas 4-1-2023 11:44 PM
Kedai babi kat tgh bandar kb ni import babi dari mana?

Quote Suchi 4-1-2023 11:47 PM
Tak ternak tapi ada je belakang umoh memasing hat kaler hitam tu pakai heel tu.Babi tunggal, babi hutan, babi liar mesti laah ada kaan.
Quote antikorok 4-1-2023 11:51 PM
Virus Nipah, Selsema Babi (H1N1), Selsema Babi Afrika (ASF) dan Japanese Encephalitis (JE) menari riang
Quote R2D2 4-1-2023 11:55 PM
Perak #1
dulu kan N9
lepas kes JE dan keluarga penternak pun ada yg cacat
terus Bkt Pelandok entah apa jadi sekarang

kenapa penternak babi tak makan babi yg diternak?
Quote edayildiz 5-1-2023 12:00 AM
babi susah ke nk masak?sbb kwn i yg muda muda mmg tak masak babi..kalau nk mkn pergi kedai..tp dia masak jer lauk lain kt umah..
nape babi ni mcm malang sikit hidup dia..
Quote Perwira2022 5-1-2023 12:03 AM
Apa komen Menteri penstabil harga babi, Salahudin Ayub?. Bagus ke tak bagus trend kemerosotan ni?
Quote Highflyer19 5-1-2023 12:12 AM
Senoga kemerosotan ini tdk mnjejaskan semangat kesukanan babi2 ini utk terus membiak…
Quote katak hijau 5-1-2023 02:33 AM
Jangan le makan babi byk2..x bgs utk dalaman
Makcik aku tukang urut. Dia biasa urut satu badan..dari kepala ke ketet ke ponggong ke celah kangkang semua. Dia kata yg kuat mkn babi ni yg paling busuk. Dorang kangkang je busuk tu alahai...x payah cakap. Sampai lekat2 kat tangan bau nya
Quote TomyamPuteh 5-1-2023 07:57 AM
Bertahun tahun dulu aku pernah melawat kwn admitted kt wad. Tiba2 ada acik cleaner bising bising. Rupa2nya ada sorg nyonya tua basuh bekas makanan lps tu tinggalkan tulang babi dlm sinki.
Quote jazaa100 5-1-2023 08:08 AM
edayildiz replied at 5-1-2023 12:00 AM
babi susah ke nk masak?sbb kwn i yg muda muda mmg tak masak babi..kalau nk mkn pergi kedai..tp dia m ...

Kwn akk pun tak masak babi....dlm fridge dia ada ayam & itik je....dia tak suka bau babi
Quote rospinki 5-1-2023 08:11 AM
Menurut kajian trend tersebut telah berubah kepada treng yg lebih siginifikan mengikut peredaran semasa iaitu tren "pemakaian babi"
Quote jazaa100 5-1-2023 08:13 AM
Beribear replied at 5-1-2023 01:19 AM
Ca ya nun alif ofis ni kalau masak daging mesti daging babi ni je. Selalu dia bawak dlm bekas kecik  ...

Blh masak babi dlm ofis?....
Aku dulu krja mnc company....rule memang x blh bawak babi atau makanan yg berbau....

Ada cina bukit ni buat tak tau, bwak berger babi....staff cina pun kutuk dia....tu je sekali dia buat
Quote edayildiz 5-1-2023 10:49 AM
jazaa100 replied at 5-1-2023 08:08 AM
Kwn akk pun tak masak babi....dlm fridge dia ada ayam & itik je....dia tak suka bau babi

dia bau camna..hamis mcm kambeng ke?  ptt ada kwn i ckp dia cam bau babi sbb i tnya dia kwn lg sorg tu panaskn babi ke kt microwave time ofis..huhu
Quote Simunggu 5-1-2023 10:52 AM
pengemar makan babi ni sebenarnya org miskin negara yg miskin....sbb babi murah....bila negara sudah maju & ekonomi bagus memang permintaan babi turun..
Quote beautifulorchid 5-1-2023 10:54 AM
berape sekilo harga daging babi?
Quote Kurex 5-1-2023 10:56 AM
sharlenetexas replied at 4-1-2023 11:44 PM
Kedai babi kat tgh bandar kb ni import babi dari mana?

Iols tengok beratur jah orang beli babi salai dekat tepi kawasan rumah iols
Quote pooh~key 5-1-2023 11:02 AM
edayildiz replied at 5-1-2023 12:00 AM
babi susah ke nk masak?sbb kwn i yg muda muda mmg tak masak babi..kalau nk mkn pergi kedai..tp dia m ...

Sebab tuhan babi, maksud akak tuhan kepada babi tak membela nasib si babi2 itteww dek.
Quote edayildiz 5-1-2023 11:07 AM
pooh~key replied at 5-1-2023 11:02 AM
Sebab tuhan babi, maksud akak tuhan kepada babi tak membela nasib si babi2 itteww dek.

babi2 tersnyum sinis baca komen akak puhki

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.072581 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top