CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Nak Siapkan Diri Untuk Keluarga Tak Semudah Disangka' - Saharul Ridzwan

3-1-2023 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 880| Komen: 1

Pelakon Saharul Ridzwan tampil mendedahkan detik permulaan hijrahnya untuk menjadi seorang insan yang lebih dekat dengan Sang Pencipta, baru-baru ini.

Sebelum ini, Saharul kerap muncul menerusi pelbagai drama rantaian di televisyen, namun kerjayanya kelihatan semakin perlahan sejak dirinya mula berhijrah sekali gus membuat ramai peminatnya rindu dengan karyanya.


IG

Menerusi perkongsian di TikTok, Saharul memberi gambaran bahawa dirinya terdetik untuk berhijrah sejak Mac 2021.

Namun, pelakon itu nekad untuk perlahankan kerjayanya sebagai seorang aktor dan mula berhijrah pada Oktober 2021 yang lalu.

“Saya tahu, saya perlu siapkan diri saya untuk keluarga saya dan perkara itu tak semudah yang disangka,” katanya.


Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi drama Sabarlah Duhai Hati juga menyatakan isterinya, Deena Amir banyak memberi sokongan kepadanya sepanjang penghijrahan tersebut.

Selain itu, Saharul turut mengakui dia perlu kuat untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa biarpun adakalanya dirinya berasa bimbang dengan pelbagai perkara.

“Disebalik satu senyuman, saya lindung semua kerisauan saya. Sebagai seorang suami, seorang ayah kepada amanah yang saya pikul, apakah harus saya mengalah, berserahkan diri saya kepada sesuatu yang hasilnya pasti buat masa ini. Tetapi belum tentu di sana nanti,” jelasnya.



Dalam perkongsian tersebut, Saharul juga sempat menzahirkan rasa syukurnya dan memohon agar orang ramai dapat mendoakannya untuk terus berhijrah.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-1-2023 02:37 PM
Harapnya mencari rezeki & pendapatan untuk keluarga juga segigih mencari redho Tuhan ye.... jangan bini sahaja tonggang tonggeng yang kena kerja,jaga anak-anak.. laki keluar join tabligh selalu..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033072 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top