|
Pelakon Saharul Ridzwan tampil mendedahkan detik permulaan hijrahnya untuk menjadi seorang insan yang lebih dekat dengan Sang Pencipta, baru-baru ini.
Sebelum ini, Saharul kerap muncul menerusi pelbagai drama rantaian di televisyen, namun kerjayanya kelihatan semakin perlahan sejak dirinya mula berhijrah sekali gus membuat ramai peminatnya rindu dengan karyanya.
IG
Menerusi perkongsian di TikTok, Saharul memberi gambaran bahawa dirinya terdetik untuk berhijrah sejak Mac 2021.
Namun, pelakon itu nekad untuk perlahankan kerjayanya sebagai seorang aktor dan mula berhijrah pada Oktober 2021 yang lalu.
“Saya tahu, saya perlu siapkan diri saya untuk keluarga saya dan perkara itu tak semudah yang disangka,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi drama Sabarlah Duhai Hati juga menyatakan isterinya, Deena Amir banyak memberi sokongan kepadanya sepanjang penghijrahan tersebut.
Selain itu, Saharul turut mengakui dia perlu kuat untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa biarpun adakalanya dirinya berasa bimbang dengan pelbagai perkara.
“Disebalik satu senyuman, saya lindung semua kerisauan saya. Sebagai seorang suami, seorang ayah kepada amanah yang saya pikul, apakah harus saya mengalah, berserahkan diri saya kepada sesuatu yang hasilnya pasti buat masa ini. Tetapi belum tentu di sana nanti,” jelasnya.
Dalam perkongsian tersebut, Saharul juga sempat menzahirkan rasa syukurnya dan memohon agar orang ramai dapat mendoakannya untuk terus berhijrah.
Sumber: Xtra |
|