Syatilla Melvin mendedahkan gelagat anak sulungnya, Syeriv Samheizy yang gemar memakai wangian bapanya, Shaheizy Sam. Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Syatilla menceritakan satu kejadian yang telah menghiburkan ramai.
“Haritu kawan Sam bawak mai girlfriend dekat rumah. Cantik la perempuan tu, comel. Anak aku dia dok menyending, buat menyembang jadi ramah. “Lepastu, tiba-tiba aku beralih tengok dia tak ada. Dia berlari naik tangga. Pastu dia turun, pergi kat perempuan tu kata ‘smell me’.
“Masa tu aku pelik la macam apa benda smell me kan. Aku check cctv, dia naik atas sembur perfume bapa dia turun bawah suruh perempuan tu bau dia. “Punya tak ok anak aku Ya Allah,” katanya lagi.
|
ADVERTISEMENT