CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bicara Bela Diri Zizie Izette Dan Bung Moktar Ditangguh Sementara Tunggu Rayuan

3-1-2023 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 997| Komen: 10

Prosiding bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan.


Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Bung Moktar, 65, dan Zizie, 45, selaku pemohon untuk menggantung perbicaraan bela diri sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah tersebut.


Foto: Sinar Harian


Berdasarkan notis usul dan afidavit sokongan yang difailkan 22 Disember lalu, bahawa terdapat keadaan khas atau luar biasa untuk mewajarkan atau menjustifikasikan penggantungan kes bicara di Mahkamah Sesyen dengan sepenuhnya sehingga pelupusan rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan.

Notis usul itu turut menyatakan terdapat isu-isu perundangan di dalam rayuan yang berkemungkinan besar akan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan berpihak kepada pemohon.

“Jika penggantungan kes bicara di Mahkamah Sesyen tidak dibenarkan ia akan mencetuskan ketidakadilan kepada pemohon-pemohon,” kata notis usul tersebut.

Sementara itu, ketika prosiding di Mahkamah Sesyen, Hakim Rozina Ayob menetapkan 27 Januari ini bagi sebutan semula kes untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan.

“Justeru tarikh-tarikh bicara bela diri pada 9 hingga 13 Januari ini dilapangkan,” kata Hakim Rozina.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How serta Mohd. Sophian Zakaria manakala Bung Moktar dan Zizie diwakili peguam M. Athimulan.

Pada 2 September lalu, Bung Moktar dan Zizie diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini masing-masing atas tiga pertuduhan rasuah.

Hakim Rozina memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan itu.

Pada 9 Disember lalu Bung Moktar dan isterinya gagal dalam permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan itu setelah Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan tersebut.

Berikutan itu, kedua-dua pemohon kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh iaitu Zizie.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati , Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) didaftarkan atas nama Zizie bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pukul 12.16 tengahari dan 12.28 tengahari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie juga didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. –CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 3-1-2023 04:49 PM
alhamdulillahhh.....
Quote rosedemon 4-1-2023 08:34 AM
KO NI DAH MAKAN BYK DUIT HARAM
Quote Timortimur 4-1-2023 08:42 AM
Harap2 sangkutlah laki bini ni
Bukan main lagi lifestyles
Quote ketambangkang 4-1-2023 10:19 AM
patut la aritu buat birthday anak besar2an sorok2...tau pon dr ig artis2 lain yg dtg...kemain grand birthday si kembar
Quote Burong_Hantuk 4-1-2023 10:56 AM
satu fmly cekik duet harommmm...pastu acik zizi dah delete IG
Quote Burong_Hantuk 4-1-2023 10:59 AM


selera bethol zizi pada si bung ni
Quote ouch! 15-1-2023 09:01 PM
Dah bukak tudung dah zizie? Tengok kat IG haflin
Quote krustykrab 15-1-2023 09:03 PM
Burong_Hantuk replied at 4-1-2023 10:59 AM
selera bethol zizi pada si bung ni

Kalau cikebung ni cuma seorg penoreh getah je takde zizik selera pun
Quote carlalily 16-1-2023 12:07 AM
ouch! replied at 15-1-2023 09:01 PM
Dah bukak tudung dah zizie? Tengok kat IG haflin

Yelah tu.. mula gmbr bersticker ingat sapela. Tiber td keluar video. IG saidatulnisa tu pun ada.. lain betul muka nye
Quote melinda_kerr 16-1-2023 08:54 AM
Dah togel balik kan? Hehehe honestly sheols lagi sesuao bertudung.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064698 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top