CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Diorang Tak Tahu Tu Remy Ishak,"-Isteri Lucu Suami Disuruh Ambil Gambar Couple Masa Jalan-Jalan Di Tasik Cermin

3-1-2023 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7529| Komen: 75

Pasangan tidak menyangka individu yang menangkap gambar mereka sewaktu berada di Tasik Cermin rupa-rupanya pelakon terkenal, Remy Ishak.

Isterinya, Ezza Rose memuat naik hantaran itu di laman sosial TikTok memaparkan pasangan tersebut yang meminta tolong diambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang begitu gigih menangkap gambar mereka.



“Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik.

“Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan tersebut tampil di ruangan komen dan meluahkan keterujaannya apabila mendapat tahu rupa-rupanya jurugambar itu adalah Remy Ishak.




“Ya Allah, sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kami? Malunya tidak perasan,” komen @tachachaaaa_.

Sehubungan itu, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga TikTok yang rata-rata mengatakan pasangan itu adalah pasangan yang bertuah kerana gambar mereka diambil oleh selebriti.

“Ingatkan seorang jurugambar terkenal, rupa-rupanya Remy Ishak,” komen @ainnur_naufara.

“Bukan pasangan itu saja yang tidak perasan, saya pun tidak perasan jika saya tidak membaca ruangan kapsyen,” kata pengguna lain, @miruldaus092.

“Gempaklah. Remy tolong ambilkan gambar, mesti bahagia sangat pasangan itu,” kata @eijaaziemey pula.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 3-1-2023 12:00 PM
Dah bertutup semua,pakai topi,sun glases dan mask. Manalah orang perasan.
Quote esbok 3-1-2023 12:02 PM
dunia sekarang mmg tak pa eh, publish2 muka orang tanpa pengetahuan tuan badan
Quote drivethru 3-1-2023 12:08 PM
Kalau remy sehak pun, tak boleh mintak tolong ambil gambar ke? Ke sbb xde orang nak bergambar dgn laki ko yg semakin kepam tu.
Quote Thunderclouds 3-1-2023 12:10 PM
Retis² ni p public places perlu rakyat acknowledged ka bila berselisih bahu?
Quote samshik 3-1-2023 12:17 PM
Sebab laki ko mcm bangla nokk!! Ada pahem??
Quote uori 3-1-2023 12:19 PM
Remy ishak je pun
Quote manehnya 3-1-2023 12:19 PM
so what kalau dia tu remy sehak?

whats the big deal?
Quote akuHavocczz 3-1-2023 12:21 PM
bangla sangat lah tu kot.
Quote matjerk 3-1-2023 12:24 PM
Kenapa ada komen negative erk? Bini ni cuma kabo je kata laki dia gigih siap suruh pasangan tu berdiri sana/sini nak dpt kan angle terbaik.  Yg tu point nya.  Bukan dia nak perasan laki aku retis x boleh la suruh2 ambik gambo.

Jujur klu aku disuruh ambik gambar pun.. aku ambik je kt mana org tu suruh.. x koser aku nak arahkan depa duduk sini/sana demi gambar terbaik.

Aku salute abam remy.
Quote Carcosa 3-1-2023 12:26 PM
Eh? Abis laki kau Remi Sahak, takboleh tolong ambikkan gambo? Lainlah laki kau kudung dua2 tangan then aku suruh ambikkan gambo.
Nih, post ni akan jadi lebih wow kalau bini kpd mamat yg suruh tu baru perasan laki ko tu sapa, then dia upload ke TikKetok.
Bukan kau sbg bini Remi yg upload.
Nmpk sesungguhnya batakkian kau yach? Setakat muka mcm penebar roti canai dkt Delhi tu, takpayah acah2 hebat sgt la kak. Kau pon dulu kena reject 14 ratus kali dgn si penebar roti tu kan.
Quote _blackbird 3-1-2023 12:26 PM
tapi kelakor tgk video tu, remy ishak punya beriya ambil gambar siap soh tukar position ke sani sikit, sini sikit. couple tu pulak sampai naik malu, ke member tu cuak asik beralih position je kang ada iphone 11 aku kena kebas
Quote September14 3-1-2023 12:47 PM
Acik2 kepams forum pun.. ko baca la btul2 atau tgk content tu smpai habis baru komen… thn baru ni cuba klu positive sikit
Quote che-cikL 3-1-2023 12:54 PM
Nak bersumpah2 bagai pulak terkejutkan Remy yg ambik gambar.
Quote noor2 3-1-2023 12:56 PM
Dah kalau lepas tu tahu pun knp..bukan semua org kenal pun remy ishak ...lainla CT nurhaliza ....
Quote rain2169 3-1-2023 01:09 PM
awat... laki ko sapa weii...
popular sangat ke.....
Quote DayangKirana 3-1-2023 02:03 PM
tu tandenye orang tak heran pon...outside there, his look was typical.. commoners aura..
just like everyone else..
so what if he is abam wemy? kecoh sangat..
Quote ina_na 3-1-2023 02:05 PM
Ms aku sekolah dl duk sebelah dct pun aku x kenal .pdhal dia dah meletop album pertama dia..ni ke pulak Remy ni..Kalo dia duk depan mata aku pun x kenal..silap2 ingat Bangla..jd x de heran nye benda mcm ni
Quote doubleharmonic 3-1-2023 02:11 PM
tak boleh selfie sendiri ke? tak takut orang bawak lari ko punya henpon?
Quote oggy 3-1-2023 02:14 PM
esbok replied at 3-1-2023 12:02 PM
dunia sekarang mmg tak pa eh, publish2 muka orang tanpa pengetahuan tuan badan

Asal boleh buat content, peduli apa dgn consent

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055158 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top