CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Jijik Lelaki Gempal Buat Reviu Makanan-Digelar Pelahap, Influencer Dikeji Makan Gelojoh

3-1-2023 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7519| Komen: 104

Sebuah kedai makanan memuat naik video food review dilakukan seorang influencer dikenali sebagai Rifdi Amri menjamu selera hidangan negara Barat (western).

Namun, video tersebut menjadi tular bukanlah disebabkan netizen mengambil pusing tentang makanan ditunjukkan tetapi cara influencer terbabit menikmati hidangan.

Paling hangat diperkatakan ialah cara Rifdi menikmati makanan yang dianggap berlebihan dan rakus.



Rata-rata berkata mereka lebih berasa mual berbanding terliur dengan makanan yang ditawarkan di kedai berkenaan.

“Kerakusan adalah ‘dosa’ dalam mana-mana agama.

“Tolong hentikan budaya makan berlebihan, mukbang dan lain-lain. Menjijikkan,” tulis seorang netizen.


Bukan itu sahaja, pelayar di Twitter juga mengatakan bahawa mereka berasa geli sehingga mengganggu pandangan apabila menonton influencer tersebut menjamah daging sehingga pencicahnya meleleh-leleh di bahagian mulut.




Menerusi hantaran dibuat, dikatakan lokasi kedai makan tersebut terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Hantaran tersebut masih menjadi tumpuan netizen sehingga kini walaupun dimuat naik beberapa hari lalu.

Selain teguran pada cara Rifdi membuat reviu makanan, mereka juga merisaukan tahap kesihatannya dengan gaya hidup yang makan secara berlebihan.

Rata-ratanya mengutarakan pendapat mereka masing-masing pada ciapan asal dibuat.

“Aku bukan nak fat shaming, tapi lelaki tu dah kena berhenti makan benda tak sihat ni. Dah gaya boleh kena diabetes.

“Perangai apa macam ni. Sopanlah (cara) makan pun.

“Dah 2023. Boleh tak kita hentikan lelaki gempal buat reviu makanan. Nampak tak menyelerakan. Apa kata mereka reviu gim,” kata netizen di Twitter.

Selepas pelbagai teguran dibuat, Rifdi tampil bersuara di akaun Twitter peribadinya.

Katanya, dia mengakui kesilapan dilakukan dan akan mencuba untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Dalam ciapan sama, dia juga mengharapkan supaya netizen turut menghentikan penghinaan terhadap saiz badannya.

“Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang agak kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka.

“InsyaAllah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan & berkualiti selepas ini.

“Cuma saya mohon janganlah sampai menghina fizikal saya,” katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 3-1-2023 11:33 AM
Boleh dijodohkn dgn pompuan gemuk kt tiktok yg buat review makan tu. Nt korg sama² melantak depan kamera sampai nafas terakhir.
Quote shernazz 3-1-2023 11:36 AM
Kalau dia review mmg iols rasa tak selera
Sama.dgn baby tora tora tu lah

Makan mcm.biasa jelah takyah gelojoh bagai...
Potential customer.tengok dah rasa zizik.plak khen
Quote ragnarox 3-1-2023 11:36 AM
Baca balik Rukun Negara...
Kesopanan dan Kesusilaan
Quote foxs 3-1-2023 11:38 AM
Aku slalu terfikir geng gok macam ni,..macamana laa basuh berak..klau cebuk ikut dpn sangkut perut, klau blakang sangkut bongtot ,????
Quote sufi^_^ 3-1-2023 11:38 AM
Cer belajar dari Naz Rahman, camana nak buat food review tanpa menjengkelkan & maintain kurussssss.
Quote SWORKS27 3-1-2023 11:40 AM
geli tgk org2 mcm ni buat konten..mesti baju bau hapak....
Quote ChildrenOfBodom 3-1-2023 11:54 AM
Org gemok ni mkn batu bata, sampah sarap pon dia kata sedap
Quote chocobozhere 3-1-2023 11:57 AM
Aku memang takan terliur tengok orang badan gemuk review makanan... Sebab aku rasa depa sume menda sedap. Aku rasa lah... Lagi satu ada sorg influencer tu pmpuan badam debab debab jugak bila makan nampak berlemoih sangat..tp ada jgk sorg influencer kurus pun aku geli tgk dia review makanan sebab nampak annoying bila dia menyuap..Tapi aku memang tak org review makanan berlemoih mcm ni. Geli
Quote Skuau 3-1-2023 11:59 AM
krustykrab replied at 3-1-2023 11:33 AM
Boleh dijodohkn dgn pompuan gemuk kt tiktok yg buat review makan tu. Nt korg sama² melantak depan k ...

jangan la..bayangkan ko naik flight..ko duduk tgh depa 2 orng himpit hang...semput hang...
Quote Skuau 3-1-2023 12:00 PM
foxs replied at 3-1-2023 11:38 AM
Aku slalu terfikir geng gok macam ni,..macamana laa basuh berak..klau cebuk ikut dpn sangkut perut,  ...

dia berak jugok..ko bayangkan...alahai...
Quote sufi^_^ 3-1-2023 12:00 PM
Skuau replied at 3-1-2023 03:59 AM
jangan la..bayangkan ko naik flight..ko duduk tgh depa 2 orng himpit hang...semput hang...

Lepas tu flight lama depa tido berdengkur....
Quote ifanonline 3-1-2023 12:03 PM
mcm keturunan mamak kerala...malaysia ni ramai kawin mamak ek?
Quote copy_paste 3-1-2023 12:05 PM
aku sorg je ke yg xterliur dgn review org,
tapi kalau bebetul lapar iklan megi pun aku leh terliur
Quote asfaz 3-1-2023 12:29 PM
krustykrab replied at 3-1-2023 11:33 AM
Boleh dijodohkn dgn pompuan gemuk kt tiktok yg buat review makan tu. Nt korg sama² melantak depan k ...

Baby tora ke? Bukan ke dia dah kawin. Tpi ai lagi rela tgk bebi tora nak dibandingkan dgn pompuan kurus sape nama ntah siap buat muka nak muntah terjeluik minum coffee .
Quote Kurex 3-1-2023 12:41 PM
Ada sorang lagi yg suka review makanan.. geli yach!
Quote Yunho 3-1-2023 12:47 PM
Review tunjuk makanan ok lg la......
tp bile dia org mula makan mmg tak mampu nak tengok...
tambah bunyi dia org kunyah pun dh jd loya tekak dh....
tp mamat ni mmg lama dh block kat tiktok...
Quote makita 3-1-2023 12:50 PM
'Gaya mkn boleh kene diabetes'
Meols rasa mamat ni dah ada diabetes segala 4 5 serangkai ni.
Quote monreyes 3-1-2023 01:03 PM
aku mencik tgk yg kluar lidah dulu bila nak mkn
Quote Kancilkering 3-1-2023 01:07 PM
work hazard…..gitu lah…..

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046705 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top