CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Bangga Tiga Tahun Langsung Tak Kena Covid-19, Siap Baik Hati Lagi Nak Bagi Petua Air Rebusan Cengkih

3-1-2023 10:59 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4193| Komen: 55|Original author: Saiful

Rita Rudaini sampai sekarang masih berpegang teguh dengan prinsip enggan mengambil dos penggalak vaksin Covid-19.

Walaupu pertambahan kes baharu di negara China dikatakan memberi kesan kepada masyarakat dunia namun pelakon ini tak peduli.


Rita kata kerajaan patut menutup pintu masuk negara daripada pelancong republik tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, bukan mencadangkan pemberian vaksin lagi.


Foto: IG

“Tak habis-habis cucuk. Itu saja yang kamu semua boleh fikir. Cucuk nombor satu tak jalan, lepas itu nombor dua tak cukup juga. Bubuh sedas booster  pun tak cukup lagi?.

“Kalau betul risau pasal rakyat, tutup saja pintu ke Malaysia. Kalut suruh orang cucuk lagi buat apa. Virus nun jauh di China, kenapa gigih cucuk orang di sini. Tutup ‘gate’ saja,” luahnya menerusi Instagram Story.





Dia juga menyarankan kerajaan mendidik rakyat supaya mengamalkan pengambilan makanan tambahan bagi meningkatkan sistem imun badan.

Rita juga berbesar hati berkongsi petua menggunakan bahan alami biarpun sebelum ini ramai memanggilnya dengan pelbagai gelaran.


“Didik orang ramai amalkan suplemen atau pemakanan yang tingkatkan sistem imun. Susah sangat ke? Dulu kalian gelakkan saya dengan gelaran Miss Cengkih.

“Ini saya baik hati lagi nak bagi petua air rebusan cengkih. Alhamdulillah Miss Cengkih ini tak pernah lagi demam atau selsema dalam tempoh tiga tahun."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 3-1-2023 11:03 AM
bangga sgt.....
Quote orkidorkido 3-1-2023 11:15 AM
Kau tak bercampur dengan ko sis, memang tak kena. Kita yang ada anak laki bini keluarga ni bercampur akan kena la juga sikit-sikit. Bangga betul dia. Sikit lagi keluar produk cengkih kut
Quote MengkuduMasam 3-1-2023 11:15 AM
ko x kene sbb herd imuniti dah tinggi .. bkn sebab ko dah x boleh dijangkiti...

dah masuk endermic dah pun
Quote scidbu 3-1-2023 11:15 AM
Bebalitis benakitis
Quote Sunkiss8999 3-1-2023 11:38 AM
Terserlah kebimboan sistur bila mengomen..tah2 da kena..dasar ego tinggi camni..time demam selsema mesti dia kat flu biasa..lalu dia pun tak nak check..lalu mengishtikharkan diri tu x kena covid lagi..sedih la dia ni..
Quote tomiko_haza 3-1-2023 11:38 AM
Tapi ada btoi dia cakapp tu apsal nak buka gate dah tau kes byk di sana. nak2 raya cina dh dekat ni.. tutup je la dulu mcm certain country tu..syoiton tu kelako ehehe
Quote uori 3-1-2023 11:41 AM
tak pernah kering idea nak merempan
Quote foxneo 3-1-2023 11:44 AM
jangan mendongak ke langit sangat sis.
Quote esbok 3-1-2023 12:05 PM
ada kata, kalau lama tak sakit. hati2
Quote adeqbun 3-1-2023 12:07 PM
Sunkiss8999 replied at 3-1-2023 11:38 AM
Terserlah kebimboan sistur bila mengomen..tah2 da kena..dasar ego tinggi camni..time demam selsema m ...

ni mcm ade saudara ai la...antivax jugak..penah sekali die demam,sakit tekak dan batuk truk tp xnak check...agaknye kene la tu...die ckp buat ape cek,RTK PCR semua tu mmg dah d setting bg jd positif..laaahh..ai dh cek berpuluh kali utk mcm2 hal/urusan,sekali je btol2 positif dan time tu mmg ade simptom..trus ai kuarantin diri  sndri

Quote Dolmat 3-1-2023 12:11 PM
Senang cakap positive ke negative ke.. JANGAN KASI WARGA CHINA MASUK.. SESIAPER YG PERGI CHINA PUN JANGAN KASI MASUK BE IT NEGATIVE!

Aku agree jugak.. yg vaccinated kena COVID.. yg tak vaccinated so far takde pulak COVID.. tengok bayi2 yg very low immune system.. rating low no COVID.
Quote Nnasda53 3-1-2023 12:16 PM
Jangan bagi mana2 negara yg masih kes covid tinggi masuk dlm negara.
Sekat juga org mesia yg sibuk nak melancong keluar.
Ni asyik la nak sekat si mata sepet je dah kenapa.
Covid ni dah ada di seluruh dunia kot.
Quote lightheaded67 3-1-2023 12:18 PM
diam boleh tak?? bukan smua org mcm bidang kerja cuol boleh pilih beksin ke tak ke. bg petua je sudah takyah nk sebut org beksin org tak beksin.
Quote tasha 3-1-2023 12:49 PM
Edited by tasha at 3-1-2023 12:53 PM

Tak payah membongkak sgtlah ridrude, ramai je yg tak kena covid bukan ko sorang je...dr ko merempan pasal benda ni baiklah ko doa semoga Allah lindungi rakyat Malaysia dari petaka covid kali ke2 tak kiralah sama ada mereka dh vaksin atau belum....
Quote kotakominami 3-1-2023 01:06 PM
Kali ni i sapot you sistur.....sebab you tegur gomen..negara lain ketatkan sempadan suh org china negatif pcr br boleh masuk....hat kita sini boleh buat test suhu jer padahal dh tau test suhu tu tk guna pon....mane dokto2 yg gigih duk suruh vaksin tu? Ngape tk desak gomen tutop gate...nanti penuh spital kawan2 korang gak yg burn out....aku nk sgt tgok yg buat keputusan bodo ni anak2 diorang hidup merana sebab long covid....
Quote prettyuglybabe 3-1-2023 01:21 PM
sekali tuhan nak uji, dia bagi kau covid cat-5 terus baru tau..
Quote budakmanentah 3-1-2023 01:56 PM
kalau dah xpnh test.mmg la ko ckp xpnh. ape dia igt yg kne covid tu semua yg ditidurkan tu je ke?
Quote bankerpencen 3-1-2023 02:28 PM
Perempuan bingit dan tak educated ni gigih mempamerkan kebodohan untuk semua orang tengok. Dah tua kerepot pun bodoh.
Quote Miss.Rara 3-1-2023 02:39 PM
aku cucuk 2 dose + 1 booster... alhamdullilah setakat hari ni masih bebas dijangkiti kobid... ada demam pun 2 kali tahun 2022 tapi test pun negative.. alhamdulillah harap terus diberi kesihatan yang baik dan dilindungi dari wabak berbahaya utk diri dan semuaaa manusia di muka bumi ini.. aaminnnn

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.194568 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top