Oleh Adib Za Masyarakat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah. Kemalangan ini berlaku dipercayai akibat angin kuat dan hujan yang melanda kota suci itu.
Pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah mengeluarkan kenyataan, kren berkenaan menghempap di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah. Ini sekaligus menyebabkan beratus-ratus jemaah tercedera dan terkorban dalam nahas tersebut. Terkini, angka korban meningkat kepada 107 orang manakala 238 dilaporkan cedera, memetik laporan Berita Harian. Dalam pada itu, Tabung Haji (TH) turut mengesahkan setakat ini sepuluh jemaah Malaysia cedera dan lapan orang didapati masih hilang tidak dapat dikesan.
DIKEMASKINI 5:50 petang! Seorang lagi jenazah disahkan terkorban oleh diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjadikan ke semua 5 jenazah Malaysia yang disahkan terkorban. Mangsa terbaharu : Zainun Taha, dari Ampang, Selangor. Terkini, lima orang jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia iaitu Rusiah Suar (56 tahun, Sungkai, Perak), Siti Nuroshlizan Zolkifli (37 tahun, Tanah Merah Kelantan), Rohana Ismail (54 tahun, Kuala Krai Kelantan) dan Munah Jusoh (73 tahun, Cherang Ruku, Kelantan), dan terbaharu Zainun Taha (Ampang) memetik laporan Bernama. Manakala, seorang jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak (71 tahun, Pantai Remis Perak) dijumpai selamat oleh jemaah haji Thailand di kediaman mereka. Ini bermakna, dengan pengesahan empat jenazah jemaah haji Malaysia, menjadikan tiga lagi jemaah masih belum ditemui. - CARI Infonet |
7
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT