CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit Drastik 3 Bulan Lepas, Bapa Asfan Shah Meninggal Dunia Subuh Tadi

30-12-2022 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 811| Komen: 2

Bapa kepada Asfan Shah iaitu Shah Rudin Md Noor menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat di kediaman penyanyi dan komposer berkenaan di Shah Alam, Selangor.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Berkongsi khabar duka itu, Asfan, 37, memberitahu dia menyedari arwah sudah meninggal dunia apabila melihat arwah sudah tidak bergerak semasa ingin menunaikan solat Subuh.



"Semasa saya turun nak solat Subuh, tengok ayah sudah tidak bergerak di dalam biliknya... dia ada kanser paru-paru, dia duduk di rumah saya pun memang pakai alat oksigen selama 24 jam sehari.

"Sebelum azan Subuh saya sempat pegang badan dia dan masih lagi terasa panas, mungkin dia baru sahaja meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Asfan memberitahu Allahyarham jatuh sakit secara tiba-tiba beberapa bulan lepas sebelum disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

"Ayah sakit secara drastik dalam tiga atau lima bulan lepas. Bila buat pemeriksaan penuh dapat tahu dia menghidap kanser paru-paru dan sudah masuk tahap empat.

"Apa-apa pun, saya bersyukur Allah ambil ayah saya pada hari Jumaat yang mulia ini," katanya.


mStar

Sementara itu, Asfan memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Shah Alam.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 30-12-2022 02:55 PM
Salam takziah buat dak apan dan keluarga.
Quote Nnasda53 30-12-2022 03:01 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Salam takziah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.029912 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top