CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Sahabat Didenda RM5,000 Pukul Remaja Lelaki Disyaki Merogol Kenalannya

29-12-2022 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1717| Komen: 11

Description: Lima sahabat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini selepas mengaku bersalah merusuh dan memukul hingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang remaja yang disyak ...
Lima sahabat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini selepas mengaku bersalah merusuh dan memukul hingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang remaja yang disyaki telah merogol kenalannya di Klebang, 10 Disember lalu.


Kesemua tertuduh, Nur Aishah Mohammad Najib 21, Muhammad Asyraf Mohd Ali, 21, Hafizul Fazrin Abdul Hakim, 22, Ahmad Thahaa Jasni, 21 dan Muhammad Safuan Mohamed Taib, 21, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


 Lima sahabat masing-masing didenda RM1,000 selepas mengaku salah mencederakan seorang remaja oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh bersama-sama yang masih bebas sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang melakukan kekerasan oleh satu atau lebih dari mereka.


Perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun berlaku antara pukul 10.00 malam 10 Disember lalu di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang (SMK) Besar, dalam daerah Melaka Tengah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2022 09:55 AM
Amboi kecik2 dah jadik perogol yaachh
Quote twins 30-12-2022 10:31 AM
perogol tak kena apa2 pun...yg marahkan perogol pulak kena tindakan.... hhhmmm
Quote CiliPadiSedap 30-12-2022 10:40 AM
kenapa xberani report polis kes rogol cm pelik je?
Quote kelip2_07 30-12-2022 11:07 AM
disyaki perogol?abis mangsa tu xbuat report ke?
Quote gideoncross 30-12-2022 01:13 PM
kelip2_07 replied at 30-12-2022 11:07 AM
disyaki perogol?abis mangsa tu xbuat report ke?

Crita ni bnyk loopholes.
Quote gideoncross 30-12-2022 01:14 PM
KamikuP replied at 30-12-2022 09:55 AM
Amboi kecik2 dah jadik perogol yaachh

17 thun skrg & 17 thun dlu sngtlh brlainan.
Quote kelip2_07 30-12-2022 01:53 PM

yee..mcm pelik ckit
Quote Artemesiaa 30-12-2022 02:39 PM
Sebab tu dilarang bertindak sendiri kan tak pasal2 kena turun naik court
Quote Decaffeinated 30-12-2022 03:48 PM
twins replied at 30-12-2022 10:31 AM
perogol tak kena apa2 pun...yg marahkan perogol pulak kena tindakan.... hhhmmm

sebab legally, rogol itu seperti tidak pernah berlaku. Kalau ada kes, report ja lah kenapa tak report?
Quote zuuu 30-12-2022 11:22 PM
Yg kena pukul tu  betul2 merogol atau x???
Quote gideoncross 31-12-2022 11:02 PM

Klau bgi iol pelik sbb c plakunya bru 17 y-o pstu pmukul2 plak smuanya in the early 20s.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054683 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top