Lima sahabat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini selepas mengaku bersalah merusuh dan memukul hingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang remaja yang disyaki telah merogol kenalannya di Klebang, 10 Disember lalu.
Kesemua tertuduh, Nur Aishah Mohammad Najib 21, Muhammad Asyraf Mohd Ali, 21, Hafizul Fazrin Abdul Hakim, 22, Ahmad Thahaa Jasni, 21 dan Muhammad Safuan Mohamed Taib, 21, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/29/224307aquoz71pp1y3ck7z.jpg) Lima sahabat masing-masing didenda RM1,000 selepas mengaku salah mencederakan seorang remaja oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh bersama-sama yang masih bebas sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang melakukan kekerasan oleh satu atau lebih dari mereka.
Perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun berlaku antara pukul 10.00 malam 10 Disember lalu di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang (SMK) Besar, dalam daerah Melaka Tengah.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Suara Merdeka |