CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Bukan Takut Bini' - Jasmin Hamid

29-12-2022 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1214| Komen: 2

Kemesraan aktres Jasmin Hamid dan suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim yang dikongsikan di laman sosial sentiasa menjadi perhatian peminat. 

Terbaharu, Jasmin menerusi laman Instagram berkongsi foto bersama Nazmir  dengan mengatakan suaminya menyorok di belakangnya bukan disebabkan takut ‘bini’. 



IG Jasmin

Sebaliknya, Jasmin melahirkan rasa syukur kerana suaminya yang dianggap sebagai tulang belakangnya sentiasa berada disisi.  

“Dia menyorok belakang saya bukan sebab takut bini tapi dia adalah tulang belakang saya yang sentiasa ada dengan saya. Hebat bukan?” kongsi Jasmin. 

Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi komen netizen yang mendoakan agar pasangan itu sentiasa bahagia hingga ke jannah. 


Untuk rekod, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.

Kemudian, Jasmin bertemu jodoh kali kedua dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya iaitu Nazmir dan mereka bernikah pada 20 November 2021. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 30-12-2022 08:51 AM
Handsome suami dia. Nampak muka muda.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.037387 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top