CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023" Palsu!

29-12-2022 07:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 463| Komen: 1

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan hebahan mengenai ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ yang tular di media sosial ketika ini adalah palsu.

JKM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai sebarang bantuan JKM.

Foto: FB

“Maklumat dan info tepat mengenai sebarang bantuan hanya dipaparkan di laman portal rasmi JKM sahaja.

“Sila layari www.jkm.gov.my untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut,” katanya.

Sebelum ini, tular di laman sosial Whatsapp dan Telegram berhubung Permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 Bagi Tahun 2023.

Hebahan palsu itu turut memaparkan gambar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi mengelirukan orang awam.

Maklumat palsu itu turut memaparkan kenyataan berhubung Bajet 2023 yang memperuntukkan dana jumlah yang besar bagi membantu mereka yang layak.

Info tular itu dikongsi menerusi pautan telegram, https://t.me/officialbantuankerajaan dan laman web https://www.sistemguruonline.my/2022/12/bantuan-warga-emas.html. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 29-12-2022 09:05 PM
Kalau tak kerana penjajah2 barat dan jepun haramjadah laknat menjajah dan rompak hasil sumber alam kekayaan malaysia(tanah melayu) dah tentu hari ni malaysia akan dapat bagi bantuan lebih dari yg kerajaan dok bagi. bantuan brim bsh btr apa kebenda semua ni adalah peniruan dari sistem welfare british yang bagi elaun bantuan setiap minggu kepada rakyatnya yang tak mampu kerja atau diberhentikan kerja. Tapi sistem ni menyebabkan ekonomi british runtuh dan terpaksa mengemis minta derma dan pelaburan besar daripada kerajaan2 timur tengah. Hasilnya ekonomi british boleh bernafas kembali. British kaya kerana merompak hasil2 negara2 yang dijajah dan memaksa negara2 yang dijajah join sukan komanwel nak tunjuk dia penjajah terbesar konon padahal bs miskin. Kerajaan dan penduduk british racist dan pemalas ada hati nak salahkan pendatang asing yg datang makmurkan ekonomi negara dia. Rakyat dia dah la gemuk gedempol kedarah fastfood arak rokok dadah setiap hari, miskin tapi gaya hidup nak hebat, dengki pada yang kaya bagi dia duit cukai, kerja malas tapi komplen macam2 haktuiih queen taik mampus ko dlm neraka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.234183 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top