Sebelum ini cinta hati dah belikan Zarina Anjoulie rumah, kali ini barangan kemas pula. Perkongsiannya di TikTok baru-baru ini berjaya meraih perhatian apabila melihat gelagat kekasihnya belanja Anju gelang emas.
Dalam video tersebut, kekasihnya, Khazrul kagum dan memuji sikap Anju yang tidak tamak dan hanya memilih gelang saiz kecil sahaja. “Best of Anju, saya nak beli yang besar, dia tetap juga nak yang kecil. Saya pujuk dia ambil yang besar, tapi dia nak juga yang kecil. That’s a good wife,” kata Khazrul.
Di ruangan komen ramai yang menawarkan diri jadi anak angkat pasangan ini. Kelakar sungguh. Dalam masa yang sama mereka juga mendoakan Anju dan Khazrul cepat-cepat bernikah. -CARI
|
ADVERTISEMENT