Mula berlakon sejak berusia 10 tahun, pelakon Aedy Ashraf kini membawa watak dewasa di dalam drama Kerana Cinta Itu Ada di TV3 membuatkan ramai masih tidak percaya.
Menerusi perkongsian di TikTok @razali_sheldon, individu ini tidak dapat menerima hakikat bahawa Aedy sudah dewasa dan masih menganggap dirinya sebagai watak Mawi yang pernah dilakonkan di dalam filem Tentang Bulan. “Tak, tak ada. Kau masih Mawi Tentang Bulan walaupun kau berlakon jadi orang dewasa. Tak, kau Mawi Tentang Bulan yang naik basikal dulu. Walaupun kau naik kereta, tak kau budak-budak. Dekat mata aku, kau masih Mawi Tentang Bulan. Tak boleh, masih lagi kecil,” ujarnya sedih. Malah, dia turut memberitahu watak yang dibawa Aedy di dalam drama tersebut terlalu muda untuk berkahwin.
“Tengok ni si Mawi gatal nak kahwin dah. Kecik lagi ni,” tulisnya di kapsyen. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan mempunyai pendapat yang sama bahawa mereka masih melihat Aedy seperti kanak-kanak. “Dah la bang. Abang kena terima yang abang dah tua. “Ye wei, still tak boleh move on dengan Mawi.
|
ADVERTISEMENT