Video tular di TikTok memaparkan adegan seorang wanita warga asing yang bersikap biadab memarahi seorang kakitangan di sebuah kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat perhatian netizen dan media.
Malah, bekas penyampai radio, Kudsia Kahar turut berkongsi rasa kecewa-nya terhadap video tersebut. Kudsia di akaun Twitter peribadi telah menulis bahawa pihak Imigresen harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita tersebut. Katanya, individu seperti ini yang selalunya digelar sebagai ‘Karen’ seharusnya disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selepas ini.
Kepada yang tidak tahu, gelaran ‘Karen’ merupakan istilah biasa digunakan di Amerika Syarikat terhadap wanita yang dianggap menggunakan hak-haknya untuk menuntut sebuah hal di luar norma manusia atau penting. Kalau di Malaysia, golongan ini gemar membantah apa saja saranan kerajaan dan menganggap mereka jauh lebih pandai. Sementara itu, Kudsia juga menyuarakan rasa bimbangnya melihat aksi wanita ‘karen’ ini cuba menyentap tag nama pada kakitangan tersebut. Kudsia menganggap tindakan tersebut sememangnya tidak boleh diterima. Bukan Kudsia sahaja, ramai rakyat Malaysia bengang melihat aksi wanita tersebut dilihat marah dan hempas barang di atas meja kaunter. Lebih menyakitkan hati, dia juga dilihat mengejek pekerja tersebut sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertanyakan nama pekerja itu dengan cara biadap. Sumber: Murai
|
nakkomenjugak replied at 28-12-2022 11:21 PM
kalau karen malaya kita panggil apa?
nakkomenjugak replied at 28-12-2022 11:21 PM
kalau karen malaya kita panggil apa?
b^lady replied at 29-12-2022 02:02 AM
Noreen....
_blackbird replied at 29-12-2022 03:28 AM
mmg karen di mana2 pon tak kenal bangsa, warna, agama. iols pon selalu je jumpa karen local, karen t ...
dua_chzy replied at 29-12-2022 03:48 AM
Aku hairan tau dari mana datangnya level of konfidens sebegini. Yang book flight economy seat tapi ...
ADVERTISEMENT