|
Pada usia 57 tahun, pelakon Salman Khan mendedahkan mempunyai keinginan memiliki cahaya mata sendiri. Hindustan Times bagaimanapun melaporkan, Salman hanya memiliki anak namun tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan ibu kepada cahaya matanya nanti.
"Saya mahu anak tapi tidak mahu ada apa-apa dengan ibunya. Tapi seorang anak pasti perlukan seorang ibu," katanya. Salman berkata, dia sudah mempunyai tempat sesuai untuk mengasuh anaknya itu nanti tanpa bantuan daripada seorang wanita bergelar isteri. "Rasanya tiada masalah jika anak saya tiada ibu sebab saya sudah sediakan tempat untuk menjaganya," katanya.
Meskipun tidak pernah mempunyai anak, Salman memang terkenal dengan sikap penyayang terhadap kanak-kanak apabila sangat memanjakan anak saudaranya. Pun begitu, pelakon terkenal ini didakwa pernah mengasari bekas teman wanitanya, Somy Ali. Somy pernah mendakwa dia menjadi mangsa pukul pelakon berkenaan ketika mereka menjalinkan hubungan cinta. "Dia kaki pukul perempuan dan bukan saya sahaja jadi mangsanya... ramai lagi pernah dipukul tetapi tidak mendedahkannya," katanya. -CARI Sumber: mStar Online
|
KamikuP replied at 28-12-2022 06:43 PM
Ko kwen ngan tangan je lah salman oii

Belibis replied at 28-12-2022 05:35 PM
Ko ingat pokok keladi ke??beranak tapi tak kawin..
ke ai konfius hero lain 
dani-rox replied at 4-1-2023 09:18 PM
cari ibu tumpang jer bang man... mcm citer ko dgn pretty zinta dulu2 tuh ke ai konfius hero lain ...
dani-rox replied at 4-1-2023 09:18 PM
cari ibu tumpang jer bang man... mcm citer ko dgn pretty zinta dulu2 tuh ke ai konfius hero lain ...
Ah ada terbaca Preity pun dpt baby kembar guna ibu tumpang.aammyy replied at 5-1-2023 10:20 AM
Ye betul. Dgn Rani Mukerjee.


borrow replied at 5-1-2023 09:20 PM
Citer tu ibu tumpang cara one nite stand kan. Wife pun terpaksa merelakan. Apsal tak pergi lab ja ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049079 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.