CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masuk Tahun Baru, Kena Bayar Caj Parkir Di Hospital Selayang

28-12-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1120| Komen: 11

Hospital Selayang akan mengenakan caj parkir kenderaan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Hospital itu dalam satu kenyataan dan info grafik di Facebook memaklumkan, kadar caj dicadangkan mengikut tempoh masa ditetapkan.



FB

Menurut kenyataan itu, tempoh 15 minit pertama percuma, manakala RM2 dikenakan bagi setiap jam.

"Kadar maksimum RM14 sehari, bagi kehilangan tiket dan 'clamping fee' (kunci tayar) masing-masing dikenakan bayaran sebanyak RM50," kata kenyataan itu pada Rabu.

Pelaksanaan caj parkir kenderaan itu menggunakan sistem parkir mekanikal, tanpa tunai dan 'auto pay'.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 28-12-2022 05:06 PM
Pusing² carik parking aje dh 15minit.
Quote prettyuglybabe 28-12-2022 05:34 PM
parkingnya ada ke yang suruh orang bayar tu
Quote genUmi 28-12-2022 05:45 PM
parking mana aje ada, yg ground floor tu dah 80% utk staf

Quote uori 28-12-2022 06:02 PM
aku kalau dapat parking kat spital ampang, sumpah aku akan cukur licin kepala
Quote eizarz 28-12-2022 06:08 PM
uori replied at 28-12-2022 06:02 PM
aku kalau dapat parking kat spital ampang, sumpah aku akan cukur licin kepala

jgn nak sumpah sgt…sekali dpt parking…nah botak terus
Quote uori 28-12-2022 06:18 PM
eizarz replied at 28-12-2022 06:08 PM
jgn nak sumpah sgt…sekali dpt parking…nah botak terus

mati hidup balik memang takan jumpa punya. guard semedang letak kon depan entrance parking, rasanya parking penuh dengan kereta staff. pernah sekali parking kat flat belakang tu, tepi jalan paling hujung. meleleh ketiak jalan kaki. serik. lepastu naik grab je senang

Quote Zack8hunter 28-12-2022 06:21 PM
dulu2 slalu gak ke hospital tu teman arwah ayah aku buat rawatan.. mmg susah nk dpt parking.. selalunya lps drop ayah, aku akan parking jauh kt belakang hospital, area rumah2 org.. sesambil exercise jln2 kaki cuci mata
Quote R2D2 28-12-2022 06:25 PM
parking bertingkat PPUM dulu design dia pernah dikritik
ko nk masuk parking
sure bumper bercalar
tu belum bab nak belok lagi
mau kena sagat sisi kereta ngan simen dinding
Quote shernazz 28-12-2022 06:29 PM
Upgrade dah ke hospital.selayang tu punya.parking
Kalau hauk jugak nak parking berbayar..tak berbaloi sungguh.la...
Kat spital putrajaya pung dah ada parking bertingkat dah...
Quote gekkou 28-12-2022 09:43 PM
mahalnya caj parking
Quote Lagubestbest 28-12-2022 09:54 PM
orang naik eskuter marah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045151 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top