CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rak Kosong Diborong Warga China, Singapura Hadkan Pembelian Panadol

28-12-2022 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3177| Komen: 49

Singapura mengehadkan penjualan Panadol selepas lonjakan permintaan ubat tersebut khususnya daripada warga China yang berada di republik ini sejak 16 Disember lalu.

Hasil tinjauan mendapati dua farmasi terbesar di daerah Tiong Bahru didapati mengehadkan penjualan tersebut kepada orang ramai.

Di farmasi Watson, ahli farmasi memberitahu pembelian Panadol mesti dibuat melalui kaunter juruwang sahaja bagi mengawal bekalan pil tersebut.


Bekalan Panadol didapati kosong di rak jualan di farmasi Guardian, Tiong Bahru, Singapura. AGENSI

Sementara itu, tinjauan di farmasi Guardian mendapati satu notis ditampal mengenai pembelian maksimum Panadol yang dibenarkan adalah sebanyak enam kotak sahaja.


Walaupun sekatan tersebut dibuat, hampir keseluruhan jenis Panadol didapati kosong di rak jualan selepas dibeli pengguna.

Pasar raya terbesar di Singapura, FairPrice turut mengambil langkah sama dengan mengehadkan jumlah pembelian Panadol sebanyak empat kotak sahaja.

Menerusi kenyataan, pihak pasar raya itu meminta pengguna hanya membeli Panadol bagi tujuan peribadi sahaja.

Jelasnya, terdapat bekalan ubat lain yang boleh dibeli bagi merawat demam dan selesema.

Dalam pada itu, jurucakap pembekal Panadol berkata, pihak syarikat terpaksa bekerja keras bagi meningkatkan penghasilan ubatan itu disebabkan lonjakan permintaan di republik ini.

Kementerian Kesihatan menjelaskan peningkatan drastik permintaan Panadol disebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di China.

Ini kerana, ramai warga China di Singapura yang terdesak dan sanggup beratur panjang di syarikat kurier bagi membekalkan ubatan terbabit kepada ahli keluarga mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 28-12-2022 05:26 PM
Betul2 kiasu melebihi peel singaporean
Quote ultra78 28-12-2022 05:31 PM
Gila la warga tanah besar ni
Quote Samerosie 28-12-2022 05:31 PM
Isu shortage of formula milk masa iols kat oz dulu pun pasal derang ni lah.  Depa borong jual online kat platform.china derang tu sampai sampai australians bengang.  Katalah kat shelf penuh dia boleh tak malu ambik semua sampai licin.  Keluar lah kat 999 versi oz ni lepas tu shops ssmua limit to 2 per pax.  Tapi derang lagi pandai kan..upab org pulak.  Sebab formula milk made in oz mmg dersng boleh jual 2-3 kali ganda kat china.
Quote prettyuglybabe 28-12-2022 05:37 PM
kiasu sama kiasu
Quote Sazreena 29-12-2022 02:35 AM
Jangan la pulak korang terlepas masuk tambak..masaakkk.
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 02:39 AM
Bukti panadol lebih berkesan ketimbang Ivermectin untuk menyembuhkan covid-19
Quote jejaka_hensem 29-12-2022 02:40 AM
Edited by jejaka_hensem at 29-12-2022 03:27 PM

Kat rumah iols pun byk stock panadol ni,expired 2024.
Simpan siap2 gara2 xde stock time covid haritu

Salah tahun tadi
Quote faraway1 29-12-2022 02:56 AM
Memang kena buat stok.

Sini ubat demam untuk bebudak semua sold out...

Lucky hasil membaca dulu buka mata pasal akan banyak barang sold out sebab pandémic, so syukur beli kira sehingga 2024 mungkin kami ok..
Quote elnor_81 29-12-2022 07:14 AM
ultra78 replied at 28-12-2022 05:31 PM
Gila la warga tanah besar ni

Mmg gila. Igt dulu g singapore, kt USS, si cina mainland ni selamba buang sampah merata. Polis tegur dia buat bodo..kena saman dorg makin hamun ramai2. Suara jgn ckp laa..bingit giler. Guna toilet, x flush..geli wehh
Quote Tinot7 29-12-2022 07:26 AM
elnor_81 replied at 29-12-2022 07:14 AM
Mmg gila. Igt dulu g singapore, kt USS, si cina mainland ni selamba buang sampah merata. Polis teg ...

Kat negara deme, tak verani pulakk wat pangai camtu?
Quote Tinot7 29-12-2022 07:27 AM
Smlm nak beli panadol sekotak, tapi kena limit 2 papan jahh per customer. Taktau la kalau mmg penangan deme masuk mesia ka mmg kat mesia dah limit, iols jahh tak cakna.
Quote mejaputih 29-12-2022 07:36 AM
Samerosie replied at 28-12-2022 05:31 PM
Isu shortage of formula milk masa iols kat oz dulu pun pasal derang ni lah.  Depa borong jual online ...

Ada sorg vendor dari china masa dia ditugaskan kat malaysia pun dia pos berkotak2 susu formula kat family dia kat china..tp iols ok sbb mas tu ada kes susu formula kat china tercemar (bercampur dgn bahan apa ntah) ada kuar kat news.
Quote R2D2 29-12-2022 07:42 AM
sesama bangsa tak percaya ubat tradisional
Quote shernazz 29-12-2022 08:21 AM
Bila kiasu marah kiasu..
Kalau masuk mesia ni..mmg berebut la.kita dgn depa..
Iols punya pcm pung tak habis2 lagi dari bulan 8 hari tu..bukan makan sokmo pung..
Quote Cokoro 29-12-2022 08:25 AM
Mcm dejavu je prkara ni
Quote Rajawali 29-12-2022 08:27 AM
jejaka_hensem replied at 29-12-2022 02:40 AM
Kat rumah iols pun byk stock panadol ni,expired 2014.
Simpan siap2 gara2 xde stock time covid haritu ...

gila la ko simpan ubat dah expired dekat 9 tahun...campak tepi jalan,pokok teja pun boleh mati
Quote Samerosie 29-12-2022 08:27 AM
mejaputih replied at 29-12-2022 07:36 AM
Ada sorg vendor dari china masa dia ditugaskan kat malaysia pun dia pos berkotak2 susu formula kat ...

Depa are still doing it now walaupun dah habis kes contamination.  Reason being depa boleh jual setin double triple kat sana.
Quote redz85 29-12-2022 08:30 AM
ok aje stock ubat banyak banyak.. dah sakit nak keluar rumah gi klinik pun tak larat
Quote ina_na 29-12-2022 09:00 AM
Farmasi kat tempat aku ni payah nau nk are panadol.. udahnye ke klinik kesihatan je la tuk dptkan panadol.. asyik nye x de panadol Kalo kat farmasi.. abis la Kalo deme dah ke Singapore..X sampai 1 jam dah msk Johor ni..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046427 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top