CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rayuan Ditolak, Ali Puteh Kena Bayar RM60,000 Kepada Balu Abam

28-12-2022 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7066| Komen: 83

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak rayuan pelawak, Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Siti Norhidayah Mohd Ali.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Februari lalu, kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.


IG Ali

Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman mereka terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.


Saman itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan.

"Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini.

"Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini," katanya ketika dihubungi.

Dalam prosiding itu, Norhidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad.

Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.


IG Hidayah

Dia juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman fitnah terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Norhidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 28-12-2022 04:03 PM
cash jelah..bayar ye jangan kau tak bayar.
Quote lilacomot 28-12-2022 04:04 PM
padan muka
Quote xtahumenahu 28-12-2022 04:05 PM
wahhh..makin glowing hidayah
Quote jihyomelly 28-12-2022 04:08 PM
penat2 susun..bersusun2 dia dpt balik..jgn aniaya org x kisah la adik bradik ke kawan ke sesapa pun..
Quote Lavender_Violet 28-12-2022 04:09 PM
Padan muka ko Ali...
Takkan nak buat rayuan lagi kot
Bayar jek lah...itu antara hak yg ko dah rampas dari Hidayah dan anak arwah
Serves you right
Quote totokreturn. 28-12-2022 04:11 PM
ala 60k je, celah gigi dia je nak bayar
Quote hyie 28-12-2022 04:23 PM
cash selayaknyalah sis
Quote kakJOYah 28-12-2022 04:26 PM
padan la muka ko, ali
Quote selipar_hijau 28-12-2022 04:28 PM
Tgh tahan diri dari memaki
Quote lee_sakura 28-12-2022 04:28 PM
padan muka, lps ni jgn kata nk berbaik plak ngan kakak ipar
Quote BellaThePrinces 28-12-2022 05:02 PM
kalau dari awal tak bersangka buruk dgn kak ipar sendiri kan dah aman damai menuju bahagia hidup tu..

tu lah, time kelas faraid ko bantai tidur....
Quote brunesss 28-12-2022 05:03 PM
HAHAHAHAHA PADAN MUKA KAUU!!!!!!!! terima lah penbalasan cash Allah bagi dekat kau menyusahkan org!! dasar kau manusia gila harta yang penipu!!
Quote _blackbird 28-12-2022 05:09 PM
tapi dlm kes ni, yg jadi mangsa sebenar adalah top lip sukri.... aku sampai skang masih confuse kenapa heshe yg dpt kecaman 1 malaya pasal interview tu
Quote HoneyManjer 28-12-2022 05:10 PM
anggap jer la bayo zakat...bukan sape2 pun..anak menakan ko...keturunan darah daging ko jugak...

dah terang lagi bersuluh lagi la ko bersalah...sbb tu mahkamah buat keputusan macam gituh...or your lawyer really sucks!

kembali pada Allah...ujian ni Allah yg bagi sbb dia syg kat hg lagi...
Quote prettyuglybabe 28-12-2022 05:39 PM
so bila dia nak buat press con macam dulu-dulu
Quote madamms1 28-12-2022 05:39 PM
bayar jer....lain kali jangan buat lagi
Quote xtinkerbellx 28-12-2022 05:41 PM
Alhamdulillah.. padan muke ko. Dayah makin lawa
Quote wanokakaka 28-12-2022 05:42 PM
tgk makin cantik balu arwah. bayar jela ali masa mulut kau sibuk bercakap tak fikir pulak
Quote newyork 28-12-2022 05:43 PM
Bayar ja lah..nnt masuk jail plak..kena bayar jugak

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054111 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top