CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayuan Remaja Bunuh 23 Pelajar Tahfiz Didengar 9 Mac Depan

28-12-2022 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2695| Komen: 45

Rayuan remaja lelaki yang dipenjarakan selama tempoh mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira enam tahun lalu, akan didengar pada 9 Mac tahun depan.


Remaja terbabit yang dikenali sebagai penama nombor satu, kini berusia 21 tahun, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020, secara sengaja melakukan khianat dengan niat membunuh ketika masih di bawah umur iaitu pada usia 16 tahun.

Dalam kejadian menyayat hati pada 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.


Gambar hiasan

Pihak pendakwaan memanggil seramai 71 saksi manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Peguam bela, Haijan Omar, yang mewakili remaja terbabit, ketika dihubungi pemberita hari ini, berkata tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Katanya, pada tarikh itu juga mahkamah akan mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja yang didakwa dengan pertuduhan sama.

Kedua-dua remaja terbabit sebelum ini didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Mereka didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) akta sama.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 28-12-2022 02:01 PM
Org yg ko bunuh aman aman kat syurga.. ekauuu.. tersepuk laa dlm punjara..
Quote Cokoro 28-12-2022 02:16 PM
23 org ko bunuh tu.
Quote krustykrab 28-12-2022 02:18 PM
Camna la ko blh hidup tenang ye dik..
Quote Orix 28-12-2022 02:19 PM
no no no. an eye for an eye..
Quote nini_azmi 28-12-2022 02:20 PM
Ni mmg betul2 budak jahat. Umur belas thn tergamak nak bakar org
Quote mejaputih 28-12-2022 02:23 PM
tak terkata...media barat ada cover tak pasal news ni? dasat sgt jenayahnya...apa motif dia bakar ek?
Quote cikatilia 28-12-2022 02:36 PM
mcm mana dia tidur malam kan lepas membunuh ramai2 org gitu
bakar plak tu

semoga idup ko tak aman la pembunuh..
elok2 muda pi belajar ke kerja elok2 baru jadi manusia berguna.. ni dok ulang alik naik court penjara..
Quote Kurex 28-12-2022 02:49 PM
Ada 6 orang suspek kan
Quote airfilterkotor 28-12-2022 02:53 PM
Tau-tau nak masuk enam tahun rupanya kes ni.
Quote batu kikir 28-12-2022 02:54 PM
Kalau tak silap penjenayah2 ni semua anak2 pendatang Indon yg telah menetap di Malaysia. Correct me if I'm wrong
Quote jazaa100 28-12-2022 02:58 PM
batu kikir replied at 28-12-2022 02:54 PM
Kalau tak silap penjenayah2 ni semua anak2 pendatang Indon yg telah menetap di Malaysia. Correct me  ...

Iya.....

Terutama yg no1 ni....
Indon dia pekat.....
Indon kat situ berkawan sesama dorang je..budak local tak suka join sbb dorang ni kasar
Quote immaryjane 28-12-2022 02:59 PM
Mase tgok orang meronta2 terbakar depan pintu coz kne lock, kau rase ape dek non? Gelabah tapi bnde dh jadi, so carry on?
Ape nk jadi, esok pnye cite lah. Bkn sorg dua, 23 orang rentung sebab kau.
Klu kt usa, tembak rambang i boleh terima lgi coz biase mmg gila or fed up kne buli. Mati on the spot.
Ini terbakar weyyy, sakit
Quote darkness 28-12-2022 03:00 PM
batu kikir replied at 28-12-2022 02:54 PM
Kalau tak silap penjenayah2 ni semua anak2 pendatang Indon yg telah menetap di Malaysia. Correct me  ...

Ya..setahu sy begitu juga. Anak2 pendatang endon.yg buat bising belakang tahfiz tu kalo tak silap..kna tegur dek ustaz, berapa hari lepas tu p bakar pusat tahfiz tu. Siap blok pintu utama pakai tong gas..
Quote pembacagosip 28-12-2022 03:02 PM
airfilterkotor replied at 28-12-2022 02:53 PM
Tau-tau nak masuk enam tahun rupanya kes ni.

kan...lama dah kan...teringat gambar2 mangsa yg bpelukan
ish x sanggup aku delete semua lepas tgk
Quote Jennyrol 28-12-2022 03:04 PM
darkness replied at 28-12-2022 03:00 PM
Ya..setahu sy begitu juga. Anak2 pendatang endon.yg buat bising belakang tahfiz tu kalo tak silap. ...

Syaitan sgt perangai.. mcm mana umur 16thn blh terfikir nak bakar² orang .. gila!
Quote hotmak 28-12-2022 03:05 PM
harap rayuan tu ditolak, maknanya sepanjang 5thn ni dia duduk penjara lah wlu bawah umur? jahat sangat ye perangai tu, biar mereput dlm penjara sampai putus nyawa
Quote zarulnazmi 28-12-2022 03:07 PM
krustykrab: Camna la ko blh hidup tenang ye dik..


Ada contoh dalam kdrama Juvenile Justice. Dalam cerita tu pesalah bawah umur siap boleh gelak-gelak keluar mahkamah sebab yakin atas faktor bawah umur mereka tak akan dikenakan hukuman berat walaupun menyebabkan kematian.
Quote xtahumenahu 28-12-2022 03:09 PM
kalau ada rasa bersalah dlm diri tuh...x gamak minta pengampunan...
mereput je laaa ko dlm tuhh
Quote Kancilkering 28-12-2022 03:20 PM
rasa agong 10 kali tukar baru dpt pengampunan kut…..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.118867 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top