Tindakan seorang pelajar memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini membawa padah apabila suspek diberkas pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di tepi jalan Sungai Penchala di sini. "Suspek yang berumur 19 tahun itu ditahan pada jam 3.20 petang bagi siasatan berkaitan tindakannya menerusi satu video yang tular pada Jumaat. "Suspek direman tiga hari bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Pada Jumaat, seorang pemandu kereta berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini. Kejadian tersebut telah dikesan melalui satu video tular berdurasi dua minit 20 saat di aplikasi Twitter yang memaparkan tindakan lelaki terbabit. Suspek turut mengeluarkan sebatang rotan panjang dari kenderaannya ketika kejadian. Sumber: Sinar Harian
|
kelana36 replied at 28-12-2022 02:32 PM
Kena horn jer pun, itu pun dah naik berang. Sedara mara dia kat India tu kalau tak ada bunyi horn ta ...
kelana36 replied at 28-12-2022 02:32 PM
Kena horn jer pun, itu pun dah naik berang. Sedara mara dia kat India tu kalau tak ada bunyi horn ta ...
ADVERTISEMENT