CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Beli Kerana Janama Walau Diskaun Tak Tinggi

28-12-2022 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 746| Komen: 1

Tawaran diskaun sehingga 50 peratus untuk sehelai seluar, namun sebenarnya hanyalah ‘wayang’ memandangkan ia adalah harga sama sebelum promosi.

Ada juga mereka yang berdepan situasi tawaran diskaun rendah meskipun berlangsungnya jualan murah besar-besaran hujung tahun.

Walau bagaimanapun orang ramai tetap membuat pembelian kerana mereka mahukan barangan tersebut.


Gambar hiasan

Nurul Jannah Ramlan, 35, berkata, dia pernah membeli sehelai jeans dengan tawaran diskaun sebanyak 50 peratus, namun terkejut apabila mendapati harga itu sama seperti sebelum potongan diskaun.

“Saya menyukai jenama seluar tersebut dan sering membelinya, jadi saya tahu harganya sama ada pada hari biasa atau ketika promosi.


“Saya tetap membelinya memandangkan harganya jauh lebih murah berbanding jenama lain,” katanya.

Wanita itu mendakwa, manipulasi diskaun jualan murah berlaku sejak sekian lama, malah dia juga mempunyai pengalaman kerana bekerja secara sambilan dalam bidang berkenaan

“Antara sebabnya adalah pusat beli-belah sudah mempunyai jadual promosi jualan. Kadangkala jenama-jenama ini pula tidak mahu menawarkan diskaun terlalu tinggi lebih-lebih lagi pusat beli-belah ambil komisen besar.

“Jadi sukar untuk mereka dapatkan keuntungan. Sebab itu mereka terpaksa buat begitu.

“Jika tidak sertai promosi jualan murah, tidak boleh pula dan itu antara syarat-syarat yang ditentukan pemilik pusat beli-belah,” ujarnya.

Kakitangan swasta, Syairah Sulaiman, 40, pula berpendapat, tidak banyak tawaran diskaun jualan akhir tahun ketika ini, bahkan terdapat promosi yang jauh lebih murah sekiranya dibeli pada waktu-waktu lain.

“Diskaun tidak perlu tunggu jualan akhir tahun, pada musim perayaan pun ada (diskaun). Cuma jika terdesak saya akan beli walaupun diskaunnya tidak tinggi,” ujarnya.

Pensyarah universiti awam, Ainul Mardhiyyah Tajudin, 35, pula berkata, dia pernah membeli permainan pada harga RM180 berbanding harga sebenar RM200.

“Hendak kata murah sangat, tidaklah begitu murah (harga). Secara purata, saya lihat bagi harga permainan potongan diskaun maksimum ditawarkan adalah RM50,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 28-12-2022 02:58 PM
biasalah tu org pilih jenama...sama juga perempuan...org pilih jenama sekarang ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082233 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top