CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diberi Amaran Jangan Daki Ke Puncak Air Terjun- Lelaki Degil Jatuh Dari Ketinggian 40 Meter, Meraung Patah Tulang Pinggul

28-12-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1497| Komen: 15

BANGKOK – Gara-gara tidak mengendahkan papan tanda amaran yang melarang pengunjung mendaki ke puncak air terjun, seorang pelancong dari Britain terjatuh pada ketinggian 40 meter, mengakibatkan dia mengalami patah tulang pinggul, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Joshua Kohler, 20, mendaki ke puncak air terjun Na Muang di pulau peranginan, Koh Samui bersama rakan-rakannya menjelang perayaan Krismas baru-baru ini.

Disebabkan ingin melihat pemandangan yang lebih cantik, Kohler dan tujuh rakannya tidak mengendahkan papan tanda amaran yang diletakkan berikutan terdapat beberapa kes kematian pelancong di kawasan tersebut.

Foto: Viral Press

Dia dilaporkan memanjat sehingga ke bahagian puncak air terjun lalu tergelincir pada permukaan licin sebelum jatuh di atas batu besar.


Kohler mengalami luka pada kepalanya dan disyaki patah tulang pinggul yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan.

Pasukan penyelamat kemudian tiba untuk menyelamatkan Kohler, di mana operasi tersebut mengambil masa selama empat jam sebelum dia dibawa menaiki ambulans dan menuju ke hospital.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas batu besar dan meraung kesakitan. Terdapat beberapa rakannya turut berada di situ.

“Pelancong yang cedera itu diberikan bantuan kecemasan disebabkan luka sedalam 5 sentimeter pada kepalanya dan tulang pinggulnya yang patah,” kata Ketua Penyelamat Koh Samui, Suthipong Thongruang.

Susulan kejadian itu, Suthipong mengingatkan pelancong agar mematuhi papan tanda amaran di kawasan air terjun tersebut bagi mencegah sebarang kemalangan pada masa akan datang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 28-12-2022 01:01 PM
Pehtu nanti dah sembuh, buat lagi balik.
Quote DayangKirana 28-12-2022 01:47 PM
similar case kat Indon..hujung2 blame rescue team lambat, 3rd world country kate nye..
dasar kokesen lehnet...
Quote darkness 28-12-2022 01:57 PM
Banyak kes mcmtu. Omputih degil tidak mau dgr malim gunung punya ckp. Last2 mati jgk sebab jatuh tergelincir. Ni kes org belanda naik gunung kinabalu. Pompuan awal 20an
Quote faraway1 28-12-2022 02:15 PM
Menyusahkan orang betul..
Sekarang nyesal tak boleh langgan sesapa kat Thai tu sebab patah tulang, mesti nyesal hahhaha
Quote supernaturalee 28-12-2022 02:24 PM
btw dh 18 tahun dh tragedi tsunami kt banda acheh yg turut affect area koh tsamui ni
Quote dekmieDandy 28-12-2022 02:27 PM
kat mana-mana SEA countries pun si parasit kokesen ni buat hal

nyusahkan betul
Quote pocongkiutss 28-12-2022 02:48 PM
Instafemes..sibuk nak kejar buat content
Quote eyansss 28-12-2022 03:23 PM
DayangKirana: similar case kat Indon..hujung2 blame rescue team lambat, 3rd world country kate nye..dasar kokesen lehnet...


dia yang bangang, rescue team pulak dia cerca…
Quote 3chanceno 28-12-2022 03:37 PM
Nasib baik masih bernyawa...makan masa nak pulih kalau patah tulang pinggul. Semuga jadi pengajaran pada mereka semua dan peringatan buat kita juga.
Quote Sazreena 28-12-2022 03:44 PM
Patah pinggul sesilap lumpuh terus.
Quote salimrock 28-12-2022 03:59 PM
ompteh perasan mereka paling terer antara bangsa di muka bumi ini, maklum la moyang mereka dah jajah hampir serata dunia, takkan la panjat bukit sikit ni pn tak bole?
Quote liyamariska 28-12-2022 04:04 PM
Perangai kokesen yg degil bongkak sebeginilah yg menyusahkn org lain...
Quote Goodluckdontcry 28-12-2022 04:12 PM
Den nak tulis juga...budus..bebal.. bengong.. bangang..bongok..ape lg ye...bahlol tolol..ape lg cercaan utk relate dgn otak samdolnya yg gagal berfungsi dgn baik.. kehkehkeh

Padan muka ko..budget ko Caucasian, org kene hormat ko ke...cehh blh pergi mati..nsb baik xmati..klu mati pun..ok jer bg den sbb ats kebodohan sendiri..jgn gelenyar nak slhkan org lain... harktuihhhhh
Quote ninja9 28-12-2022 04:19 PM
aku pun pernah hampir jatuh dari air terjun...

lepas naik kat atas, tak perasan pulak batu-batu kat atas tu licin berlumut... nasib baik masa tergelincir dan sedang menggelongsor tu sempat lihat tebing atas tu ada batu yang kering, jadi sempat pijak kat situ.... tinggal lebih kurang 2 meter jaraknya sebelum jatuh kebawah.. dah lebih sepuluh tahun pun sampai sekarang masih teringat
Quote rosedemon 29-12-2022 09:56 AM
pdan muka benak imputeh ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.083325 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top