CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Makan Di Sungai Bahaya- Habis Tercemar Teruk Air, Risiko Maut Sebab Kepala Air

28-12-2022 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2894| Komen: 33

PETALING JAYA – Tindakan pengusaha menjalankan aktiviti perniagaan makanan di sungai boleh menyumbang kepada pencemaran alam serta mengundang bahaya kepada pengunjung sekiranya berlaku kepala air tanpa diduga.


Itu respons Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad selepas satu video dimuatnaik di laman Twitter mengenai aktiviti perniagaan gerai makan di sungai mengundang kerisauan.

Katanya, sebarang aktiviti di sungai perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan boleh dikenakan tindakan jika menyalahi undang-undang.



“Ini bahaya dan menyumbang kepada pencemaran alam. Sebarang aktiviti sungai mesti ikut garis panduan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan patuh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya di laman Twitter miliknya.


Beliau telah mengarahkan pihak JPS untuk mengambil tindakan susulan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Rata-rata orang ramai menyatakan tindakan pengusaha menjalankan aktiviti perniagaan makanan di sungai adalah tidak wajar dan seharusnya memilih kawasan lebih selamat buat pengunjung.



“Perkara seperti ini mesti ada pelan. Tempat-tempat yang di luar negara kebanyakannya buat di tempat dan lokasi selamat dan sesuai. Di tempat air yang tenang dan bukan di tempat bukit. Mereka buat empangan yang kecil untuk mengawal arus air. Tak boleh buat macam ini,” kata Hammy.

“Pendapat peribadi kedai makan atau aktiviti seperti itu tidak sepatutnya dapat kebenaran. Jaga sungai, air sungai, air terjun. Kenapa tak boleh berniaga di tepi ataupun zon yang lebih selesa?” kata Raj.

Terdahulu, sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Liyana berdurasi 46 saat itu memaparkan detik cemas pengunjung ketika kejadian kepala air berlaku di Rimba Cafe Kuala Kedua, Baling, Kedah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-12-2022 12:01 PM
Masa bawa makanan takde terjelepuk ke sungai ke?ngek sungguh segala.mala nak dibuat di sungai
Berkelah udah.la
Quote Cyempaka 28-12-2022 12:24 PM
Syukur aku dah lama pikir pasal ni. Kotor dan kepala air. 1 lagi yg jenis camping tepi2 sungai tu.. Datang kepala air tgh tido sengeh semua kat situ hanyut dibawa air
Quote SWORKS27 28-12-2022 12:27 PM
tiba masanya pihak2 berwajib utk kenakan pelbagai jenis fee, permit utk pengusaha2 mcm ni...
utk jaga kelestarian alam dan juga keselamatan ummah sejagat
Quote mejaputih 28-12-2022 12:30 PM
ntah apa2 idea..pastu letak lagu nasyid...
Quote mejaputih 28-12-2022 01:31 PM
Nokiaman replied at 28-12-2022 01:26 PM
suci syumul katanya sebab masakan halal

air pulak bersih sejuk bak air sungai di firdausi...
tanpa sedar mencemarkan alam sekitar dan membahayakan nyawa...
Quote airfilterkotor 28-12-2022 01:32 PM
Sambil makan, sisa makanan tolak jer masuk air.
Bukan orang sebelah perasan pun.
Quote nini_azmi 28-12-2022 01:34 PM
Adik sekali mkn kat air ni kat kemensah, adik iols punya plan.
Nk turun ke air tu, mak ai hazab. Takde tangga kecik ke hape, turun redah gitu je. Dahla nk jln kat dlm air tu berbatu2.
Jadah apa la adik aku ajak mkn situ
Quote DayangKirana 28-12-2022 01:53 PM
pandai plak takut kepala air bagai..
dasar tak berotak..
patut yang buat gini, pihak majlis saman je..
Quote Innrukia 28-12-2022 01:56 PM
apa yg tak cerdiknya pi makan tgh sungai musim2 hujan ni?
mcm nk bunuh diri & keluarga aje
Quote immi 28-12-2022 02:01 PM
Negeri tu ke, patut la
Quote jfq 28-12-2022 02:01 PM
Akhirnya ada juga menteri yg bersuara
Aku mmg tak support tempat mkn dalam air sungai ni
Ganggu perjalanan air sungai
Ganggu tempat ikan membiak dan cari makan
Sedangkan yg susun batu sungai bertingkat tu pun dah kacau environment hidupan sungai apakan lagi bina meja sisa2 makan jatuh dalam air jadi unnatural diet utk habitat sungai
Quote immi 28-12-2022 02:02 PM
Innrukia replied at 28-12-2022 01:56 PM
apa yg tak cerdiknya pi makan tgh sungai musim2 hujan ni?
mcm nk bunuh diri & keluarga aje

Claim rare konon, ketepikan kecerdikan n keselamatan demi tembolok
Quote jfq 28-12-2022 02:03 PM
mejaputih replied at 28-12-2022 12:30 PM
ntah apa2 idea..pastu letak lagu nasyid...

Haha ada ke. Semak la musik2 ni dalam hutan
Quote white_musk 28-12-2022 02:06 PM
Yang pnting RARE... boleh tunjuk di media sosial  
Quote pooh~key 28-12-2022 02:08 PM
Ingat sungai, ingat kang rudi kat youtube sis.
Quote supernaturalee 28-12-2022 02:15 PM
bila jd kepala air
ada yg mati tgh mkn2 (untung2 dpt 10k)
pastu bila cek2 lesen/permit ape, confirm la xde

lps tu nk salahkan sape?

Quote krustykrab 28-12-2022 02:20 PM
Dah lama benda ni..tp heran takde lgsg pihak² berwajib ambik tindakan. Takkan nk tunggu alam sekitar huduh baru nk sedar?
Quote mejaputih 28-12-2022 02:20 PM
jfq replied at 28-12-2022 02:03 PM
Haha ada ke. Semak la musik2 ni dalam hutan

iols tgk video tu je...hihi..tiktok ke apa...
Quote airfilterkotor 28-12-2022 02:50 PM
Ntah kat belah hulu ada orang dok pedajei campak bangkai kucem kaa, 2-3 ketui najis terapung kaa... baik punya lalu celah-celah meja tatkala pengunjung sedang menikmati ikan masak tiga rasa dan kangkong goreng belacan.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054242 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top